Khamis, 14 Mac 2013

JEJAK KETURUNANKU

SEPATAH KATA

Tepat jam 12.00 malam Hari Jumaat 25.04.2003 aku mulakan untuk mencoret sepatah dua kata tentang naskah yang bakal aku garap untuk tatapan dan rujukan genarasi semalam, hari ini dan esok.

Naskah ini adalah urutan daripada naskah asal yang entah di mana kini. Naskah asal ini telah digarap hikayatnya oleh
Tn. Hj. Manap Bin Long (Allahyraham) dan dibantu oleh arwah ayahnya serta beberapa orang tua penduduk asal Kg. Kesang Tasek di mana bermulanya sejarah KeturunanKu ini.

Naskah ini telah sekian lama ingin aku tulis dan garap semula daripada naskah asal iaitu semenjak aku menuntut di Tingkatan Enam sekitar tahun 1982. Tapi sayangnya naskah asal itu telah hilang daripada simpanan aku beberapa tahun kemudian sebelum sempat aku menulis semula malah membuat pendua / salinan.

Setelah sekian lama aku menanti dan mencari naskah asal tersebut akhirnya aku mendapat senaskah salinan Hikayat KeturunanKu ini sekitar tahun 2002 dari seorang sepupuku
Ab.Gafar Bin Abd Gani (Apai).

Dengan izin Allah Insyallah aku akan cuba mengarap semula naskah ini sebaik mungkin. Namun sebagai hamba Allah yang tidak lekang dari membuat kesilapan aku terlebih dahulu memohon ampun dan maaf andainya terdapat sebarang kesilapan di sepanjang aku menulis naskah ini. Pada yang silap diharap diperbetulakn dan pada yang kurang diharap ditambah demi tatapan dan rujukan genarasi yang akan datang.

Sebelum mengundur diri aku ucapkan jutaan terima kaseh kepada penulis asal buku ini dan kepada mereka yang turut membantu di dalam penulisan ini termasuk isteri tersayang
Norami bte Mohd Badri.




Akhir kata salam hormat dari aku.


Yang Ikhlas
Kamarudin Bin Umar

9546 Jalan Kasawari 2
Bandar Putra 81000
Kulaijaya Johor D. Takzim

Tel : 012-706 7238

e-mail : camaryp2000@yahoo.com

            kamarudin_umar@yahoo.com 
g-mail : camaryp2000@gmail.com

25 April 2003

Tarikh terkini
26 Ogos 2006

Kemaskini terkini
01 April 2009
Rabu – 5.00 ptg
Lot 19 Arked MARA Kulai.

Lagi terkini
30 Mac 2010
Selasa – 08.45 mlm
Lot 19 Arked Mara Kulai

Lagi terkini
15 Februari 2011
12 Rabiulawal 1432H
Selasa - 4.00 pagi
Kat Umah.
Salam Maulidur Rasul.
__________________________________________________________


JEJAK KETURUNANKU

Dari Kendal (Jawa Tengah) ke Melaka dan Kesang Tasek (Tanah Melayu) mereka berhijjrah. Maka bermula sejarah Tahir, Lahir @ Tok Kesang dan Bahir
Bab 1

KESANG TASEK

Ia adalah sebuah sebuah kampung di tepi Sungai Kesang kira-kira 7 batu mudik dari kuala sungai tersebut. Menurut ceritanya, kampung ini telah dibuka oleh seorang benama
Lahir atau pun Mo’en dan lebih dikenali sebagai Tok Kesang.

Beliau datang bersama-sama dua orang saudaranya iaitu abangnya bernama
Tahir dan adiknya bernama Bahir. Mereka berhijrrah dari Daerah Kendal, Tanah Jawa pada akhir kurun yang ke - 18 Misehi. Perahu yang mereka naiki mulanya sampai ke Pulau Besar. Setelah berhenti beberapa ketika mereka pun naik ke Pantai Serkam. Tahir telah tinggal menetap di Serkam dan Merlimau. Khabarnya ia menjadi Pawang Besar di sana. 

Lahir dan Bahir telah meninggalkan Serkam mengikuti Pantai Melaka dengan perahunya yang asal lalu mudik ke Sungai Kesang dimana akhirnya berjumpa dengan satu kawasan hutan di tepi sebelah kanan Sungai Kesang. Di sebelah kiri Sungai Kesang ada sebuah tasik kecil dan sebuah kampung bernama Tasik di dalam jajahan Negeri Melaka. Berhadapan dengan tasik tersebut Lahir telah mendirikan tempat kediaman / kampung yang diberi nama Kesang Tasik

Lahir atau Tok Kesang menetap di Kesang Tasek dan menjadi ketua. Dalam masa yang singkat tempat, tersebut telah menjadi besar dan ramai penduduknya dimana hampir 200 kelamin telah berhijrah ke situ terutamanya datang dari Negeri Melaka. Kawasan hutan rimba tersebut telah bertukar menjadi kawasan bercucuk tanam terutamanya padi, pinang dan kelapa. Hasil-hasil dari kawasan ini semuanya dibawa ke Bandar Melaka untuk dijual. 

Tok Kesang menjadi ketua di kampung Kesang Tasik ini tidak begitu lama. Beliau telah meninggal dunia dan dipusarakan di tanah pekuburan lama di tepi Sungai Kesang di suatu tempat bernama Tanjung Bangsal. Tok Kesang meninggalkan 2 orang anak. Yang tuanya lelaki bernama Laji dan yang ke duanya perempuan bernama Perak. Laji telah dipilih oleh orang ramai menjadi ketua mengantikan ayahandanya.
* Sila Klik pada Imej
Bab 2


LAJI BIN LAHIR @ TOK KESANG

Kawasan
Kesang Tasik bertambah luas apabila Laji mengambil alih menjadi Ketua Kampung. Selain menjadi Ketua kampung beliau juga merupakan ahli perniagaan. Kawasan perniagaannya ialah dari Muar hingga ke Kelang dan Kuala Selangor. Selain dari itu ia juga menjalankan kegiatan merompak (Lanun) bagi kapal-kapal dan perahu-perahu dagang yang sentiasa belayar di Selat Melaka.

Satu kelebihan
Laji adalah beliau boleh mematikan angin bagi kapal-kapal dan perahu-perahu dagang yang sedang belayar dan ini memudahkan beliau menjalankan kegiatan merompak. Segala barang-barang rompakan itu biasanya di bawa ke Pantai Layang dan Sungai Mati dan dari situ ia diedarkan ke tempat-tempat lain. 

Isteri Laji ialah anak sulung kepada seorang anak Raja Bugis bernama Raja Mahmud (termasyhur dengan nama Raja Mahmud kapak Cina), berkaum dengan Raja Ahmad yang terkenal dengan gelaran Bugisnya Suliwatang atau Saliwatang. Raja Mahmud dan keluarganya menetap di Kuala Langat negeri Selangor yang merupakan sebuah penempatan masyarakat Bugis yang terbesar di rantau ini.

Dengan kehandalan yang istemewa itu maka tidak hairanlah
Laji dapat beristerikan anak Raja Mahmud. Laji juga dipandang tinggi oleh Kerabat diRaja Bugis.
Daerah Kesang (di sebelah kiri mudik Sungai Muar) hingga ke sempadan Negeri Sembilan dan juga sebahagian dari Negeri Melaka hingga ke Umbai pada waktu itu masih lagi didalam pemerintahan Sultan Ali setelah baginda menyerahkan Negeri Johor kepada Temenggong Daeng Ibrahim dalam tahin 1855 m. Baginda telah melantik seramai 22 orang penghulu untuk mentadbir setiap mukim.

Penghulu-penghulu ini diberi kuasa penuh untuk memunggut cukai dan hasil di kawasan masing-masing. Maka dari sinilah pula berlakunya berbagai penyelewengan dan kecurangan dan menjadikan pemerintahan
Sultan Ali berada dalam keadaan lemah dan kucar-kacir. Ini amat menyedihkan

Walau bagaimanapun,
Sultan Ali sebagai seorang Sultan yang memerintah maka segala adat istiadat Kerajaan dijalankan seperti biasa. Baginda mempunyai 2 buah Istana iaitu sebuah di Umbai dan sebuah lagi di Kuala Kesang. Pada setiap tahun waktu menyambut hari jadi baginda, diadakan keramaian dan adat bersiram dimana semua penghulu di undang khas. Biasanya diadakan adat istiadat bersiram di atas Panca-pesada 7 tingkat dimana penghulu-penghulu inilah yang menyiramkan air ke tubuh baginda.
Laji bagaimana yang telah sedia maklum memang mempunyai beberapa kelebihan yang istemewa. Dalam tahun yang pertama beliau dilantik menjadi Penghulu Kesang Tasik dalam istiadat bersiram ini beliau adalah orang yang ke-7 untuk menyiran tubuh Sultan Ali. Setiap penghulu dikehendaki menyiram 10 timba air ketubuh Sultan Ali. Tetapi bagi Penghulu Laji hanya 3 timba sahaja Sultan Ali sudah tidak tahan mengiggil kesejukan dan baginda meminta dihentikan siraman tersebut. Maka pada hari itu juga Laji dilantik menjadi Penghulu Besar, Pawang Di Raja dan Imam bagi kampung Kesang Tasik.

Lebih kurang 5 tahun sahaja
Laji menjadi Penghulu di Kesang Tasik dan semua kawasan telah terbuka maka iapun membuka sebuah kampung lagi di sebelah ulu mudik Sungai Kesang iaitu kira-kira tiga batu jauhnya dari Kesang Tasik, yang sebelah kanannya dinamakan Gelugor dan disebelah kirinya dinamakan Teluk Gong (kini didalam jajahan Negeri Melaka). Di Teluk Gong ini khas hanya untuk penanaman padi hinggalah sekarang dan di Gelugur tempat bertanam kelapa, pisang, pinang dan lain-lain.

Setelah tiga tahun ia menetap di
Gelugur beliau telah kembali rahmatullah menyahut panggilan Illahi. Pusaranya terletak di tepi sungai kampung Gelugur. Suatu pekara yang agak ganjil adalah kini pusara Allahyarham Laji telah membusut tinggi dan dinaungi oleh pokok-pokok besar di sekelilingnya.

BAHIR 

Bahir adik Lahir tidak mahu menetap di Kesang Tasik. Dengan perahu asalnya itu juga beliau telah menghilir semula ke Kuala Sungai Kesang, menyusur pantai lalu sampai ke Kuala Sungai Muar dan mudik ke hulunya. Dewasa ini memang telah banyak kampung-kampung Melayu di kiri-kanan Sungai Muar seperti Jorak, Gersik. Pengkalan Bukit, Panchor, Pagoh (telah dibuka sejak akhir K.M XV1), Liang Batu, Kundang, Lenga hinggalah ke Bukit Kepong.

Selepas kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Protugis pada 1511 mishi,
Pagoh telah dijadikan pusat pemerintahan kerajaan Sultan Mahmud tetapi tidak lama kerana baginda diserang Portugis bertalu-talu akhirnya baginda berangkat ke Kampar Sumatera dan mangkat di sana.

Setelah
Negeri Melaka jatuh ke tangan penjajah Inggeris pada tahun 1824 misehi, maka kampung-kamnpung di Hulu Sungai Muar ini bertambah makmur dan Temenggong Abu Bakar yang memerintah Negeri Johor pada masa itu telah mengangkat seorang wakilnya bernama Encik Andak menjadi Pegawai Daerah bertempat di Bukit Kepong. Apabila Bandar Maharani dibuka pada tahun 1884 barulah pusat pemerintahan daerah Muar berpindah dari Bukit Kepong ke Bandar Maharani hingga kini. 

Bahir dalam perjalannnya telah singgah di beberapa tempat di hulu Sungai Muar. Beliau telah berkahwin dan mendapat 3 orang anak (tidak diketahui siapa nama isteri yang dikahwininya dan kampung asalnya). Di antara 3 orang anaknya yang dapat dikesan hanyalah seorang sahaja bernama Haji Adam.
Bahir pada akhirnya sekali telah pergi ke Gemas Negeri Sembilan dan membuka kampung di sana hinggalah ia kembali ke rahmatullah.



KETURUNAN PERAK BINTI LAHIR @ TOK KESANG


Bab 3


3.0 PERAK BINTI LAHIR @ TOK KESANG 

Sebagaimana sedia maklum bahawa
Tok Kesang (Lahir) mempunyai 2 orang anak, yang tuanya bernama Laji dan yang keduanya perempuan bernama Perak

Perak telah berkahwin dengan Derham yang berasal dari Cohong Melaka (sebuah kampung di sebelah ulu mudik Sungai Kesang kira-kira 9 batu dari Kesang Tasek). Dalam perkahwinan tersebut beliau telah dikurniakan 7 orang anak, yang sulung seorang Perempuan (tidak diketahui namanya), Isnin, Tahir (Pawang besar di Daerah Kesang), Norsiah, Rahmat, Ja’afar dan Nuria.


Anak-anak Perak dan Derham

3.0.0 Perempuan (Tidak diketahui namanya) Binti Derham
3.0.1 Isnin Bin Derham
3.0.2 Tahir Bin Derham
3.0.3 Norsiah Binti Derham
3.0.4 Rahmat Bin Derham
3.0.5 Ja'afar Bin Derham
3.0.6 Nuria Binti Derham

* Sila klik pada imej
PERKAHWINAN ANAK-ANAK PERAK BINTI LAHIR DENGAN DERHAM


3.0.0 PEREMPUAN BINTI DERHAM

Berkahwin dikurniakan seorang anak bernama
Minal.

Anak-anak Perempuan

3.0.1a Minal

3.0.1. ISNIN BIN DERHAM

Berkahwin dikurniakan 3 orang anak bernama Subuh, Demat dan Sanom.

Anak-anak Isnin dan Isteri.

3.0.1a Subuh Bin Isnin
3.0.1b Demat Bin Isnin
3.0.1c Sanom Binti Isnin

3.0.2 TAHIR BIN DERHAM

Berkahwin dengan 2 orang isteri.

Isteri pertamanya bernama
Tisam (Mak saudara kepada penghulu Hj. Md. Saat Sungai Terap Muar (Ayah kepada bekas MB Johor Dato’ Hj. Osman Bin Saat). Beliau dikurniakan 4 orang anak bernama Hj. Merasan, Merasun, Sani dan Sidun (Pawang- Tok Sidun).


Anak-anak Tahir dan Tisam

3.0.2a Hj, Maresan bin Tahir
3.0.2b Merasun Bin Tahir
3.0.2c Sani Bin Tahir
3.0.2d Sidun Bin Tahir

Isteri ke-duanya berna So’ma dan dikurniakan 4 orang anak bernama Hjh. Fatimah, Marimah, Intang dan Kulub Ibrahim.


Anak-anak Tahir dan So'ma

3.0.2i Hjh. Fatimah Binti Tahir
3.0.2ii Marimah Binti Tahir
3.0.2iii Intang Binti Tahir
3.0.2iv Kulub Ibrahim Bin Tahir
3.0.3 NORSIAH BINTI DERHAM

Berkahwin dengan
Munai dan dikurniakan 6 orang anak bernama Nopiah, Gilap, Nindong, Gendut (patah), Samad dan Jahara.

Anak-anak Norsiah dan Munai

3.0.3a Nopiah Binti Munai
3.0.3b Gilap Bin Munai
3.0.3c Nindong Bin Munai
3.0.3d Gendut Bin Munai
3.0.3e Samad Bin Munai
3.0.3f Jahara Binti Munai
3.0.4 RAHMAT BIN DERHAM

Berkahwin dengan
Mendak dan dikurniakan anak bernama Pawang Me’on, Pawang Nindong, Uteh, Zainah dan Sa’mlah.


Anak-anak Rahmat dan Mendak

3.0.4a Me'on Bin Rahmat
3.0.4b Nindong Bin Rahmat
3.0.4c Uteh Binti Rahmat
3.0.4d Zainah Binti Rahmat
3.0.4e Sa'mlah Binti Rahmat

3.0.5 JA’AFAR BIN DERHAM (Tok Kudong)

Berkahwin dan dikurniakan 5 orang anak bernama
Johar, Manan, Simah, Leka dan Gayah.

Anak-anak Ja'afar dan Isteri

3.0.5a Johar Bin Ja'afar
3.0.5b Manan Bin Ja'afar
3.0.5c Simah Binti Ja'afar
3.0.5d Leka Binti Ja'afar
3.0.5e Goyah Binti Ja'afar

3.0.6 NURIA BINTI DERHAM

Berkahwin dengan Wahab dan dikurniakan 3 orang anak bernama
Hajjah Siam, Hajjah Siap dan Hajjah Esah
Anak-anak Nuria dan Wahab
3.0.6a Hjh. Siam Binti Wahab
3.0.6b Hjh. Siap Binti Wahap
3.0.6c Hjh. Esah Binti Wahab


KETURUNAN ANAK-ANAK PERAK BINTI LAHIR DENGAN DERHAM

3.0.1 PEREMPUAN BINTI DERHAM

Anaknya
Minal berkahwin dangan Nari namun tidak dikurniakan anak. 

3.0.1 ISNIN BIN DERHAM

Anak-anak dan cucu Isnin dan Isteri.



3.0.1a Subuh Bin Isnin
3.0.1b Demat Bin Isnin
3.0.1c Sanom Binti Isnin

3.0.1a
Subuh bin Isnin

Berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak bernama
Daiman, Mahyah dan Mahyum.


Anak-anak Subuh dan Isteri.

3.0.1aa Daiman Bin Subuh
3.0.1ab Mahyah Binti Subuh
3.0.1ac Mahyum Binti Subuh


3.0.1aa
Daiman bin Subuh

Berkahwin dengan
Tayap dikurniakan 5 orang anak bernama Ketong, Endik, Esah, Zakaria dan Mahzan.

Anakanak Daiman dan Tayap

3.0.1aaa Ketong Bin Daiman
3.0.1aab Endik Binti Daiman
3.0.1aac Esah Binti Daiman
3.0.1add Mahzan Bin Daiman
3.0.1aae Zakaria Bin Daiman

3.0.1ab
Mahyah binti Subuh

Berkahwin dengan
Donan dikurniakan 3 orang anak bernama Abu Samah, Ajid dan Sitam.


Anak-anak Mahyah dan Donan

3.0.1aba Abu Samah Bin Donan
3.0.1abb Ajid Bin Donan
3.0.1abc Sitam Binti Donan
3.0.1ac Mahyum Binti Subuh.

Berkahwin dengan
Mohd. Hassan dikurniakan 3 orang anak bernama Kulub Manas, Lisah dan Mah.

Anak-anak Mahyum dan Mohd Hassan

3.0.1aca Kulub Manas Bin Mohd Hassan
3.0.1acb Lisah Binti Mohd Hassan
3.0.1acc Mah Binti Mohd Hassan

3.0.1b
Demat bin Isnin 

Berkahwin dengan 3 orang Isteri.

Dengan
Isteri Pertamanya, Miram dikurniakan 2 orang anak bernama Midun dan Ji’ah.

Anak-anak Demat dan Miram

3.0.1ba Midun Bin Demat
3.0.1bb Ji'ah Binti Demat
3.0.1ba Midun bin Demat

Berkahwin dengan Nuribah dari Cohong Melaka dikurniakan 3 orang anak bernama Buruk, Maimunah dan Abd. Samad.

Anak-anak Midun dan Nuribah

3.0.1baa Buruk Binti Midun
3.0.1bab Maimunah Binti Midun
3.0.1bac Abd. Samad Bin Midun


Dengan Isteri ke-2 Demat bernama So'ma. Mereka dikurniakan 2 orang anak bernama Abu Bakar dan Chik.


Anak-anak Demat dan So'ma

3.0.1bai
Abu Bakar Bin Demat
3.0.1baii Chik Bin Demat
3.0.1bai Abu Bakar Bin Demat

Berkahwin dengan Lijah binti Ma’on dikurniakan seorang anak bernama Ibrahim.

Anak-anak Abu Bakar dan Lijah
3.0.1baia Ibrahim Bin Abu Bakar

3.0.1baii
Chik Bin Demat.

Berkahwin dengan
Sitam binti Olah dikurniakan seorang anak bernama Sebi.


Anak-anak Chik dan Sitam

3.0.1baiia Sebi Bin Chik


Dengan Isteri ke-3 Demat bernama Liah. Mereka dikurniakan 2 orang anak berbama Timah dan Abdul Majid.


Anak Demat dan Liah

3.0.1baA Timah Binti Demat
3.0.1baB Abdul Majid
3.0.1baA Timah Binti Demat
Tiada anak

3.0.1baB
Abdul Majid


Berkahwin dan dikurniakan seorang anak bernama Rashid di Kg. Bindu Batu Pahat.

Anak-anak Abdul Majid dan Isteri

3.0.1baAi Rashid Bin Abd Majid

3.0.1bb
Ji’ah binti Demat

Berkahwin dengan
Long (Gendong) bin Kenong dikurniakan 5 orang anak bernama Hj. Manaf (Penulis asal Buku ini), Hajjah Esah, Teh, Pon dan Aminah.

Anak-anak Ji'ah dan Long (Gendong)

3.0.1bba Hj. Manaf Bin Long
3.0.1bbb Hjh. Esah Binti Long
3.0.1bbc Teh Binti Long
3.0.1bbd Pon Binti Long
3.0.1bbe Aminah Binti Long

3.0.1c Hjh. Sanum Binti Isnin

Berkahwin dengan
Hj. Osman (Terengganu) dikurniakan 5 orang anak bernama Hj. Amin, Hj. Talib, Umar, Ali dan Endut.


Anak-anak Hjh. Sanum dan Hj. Osman

3.0.1ca
Hj. Amin Bin Osman
3.0.1cb Hj. Talib Bin Osman
3.0.1cc Umar Bin Osman
3.0.1cd Ali Bin Osman
3.0.1ce Endut Bin Osman

3.0.1ca Hj. Amin Bin Osman


Berkahwin dengan Hjh. Som (isteri pertama) tidak dikurniakan anak.

Berkahwin dengan Long (isteri kedua) dikurnikan 5 orang anak bernama Adam, Amir, Zam, Ghazali dan Azhar

Anak-anak Hj. Amin dan Long

3.0.1caa Adam Bin Hj. Amin
3.0.1cab Amir Bin Hj. Amin
3.0.1cac Zam Bin Hj. Amin
3.0.1cad Ghazali Bin Hj. Amin
3.0.1cae Azhar Bin Hj. Amin
3.0.1cb Hj. Talib Bin Osman

Berkahwin dengan
Nah Binti Merasun dikurnikan 5 orang anak bernama Mokhtar, Sebul, Osman, Ahmad dan Sulaiman.


Anak-anak Hj. Talib dan Nah

3.0.1cba Mokhtar Bin Hj. Talib
3.0.1cbb Sebul Bin Hj. Talib
3.0.1cbc Osman Bin Hj. Talib
3.0.1cbd Ahmad Bin Hj. Talib
3.0.1cbe Sulaiman Bin Hj. Talib

3.0.1cc
Umar bin Osman

Berkahwin dengan
Siti dikurniakan 3 orang anak benama Darwis (Ngah Wis), Jah dan Talib.


Anak-anak Umar dan Siti

3.0.1cca Darwis Bin Umar
3.0.1ccb Jah Binti Umar
3.0.1ccc Talib Bin Umar

3.0.1cd
Ali bin Osman

Berkahwin dengan
Endik Bte Tamat (Penghulu) dikurniakan 4 orang anak bernama Alwi, Kamisah, Hendon dan Idris.dan Endik


Anak-anak Ali dan Endik

3.0.1cda Alwi Bin Ali
3.0.1cdb Kamisah Binti Ali
3.0.1cdc Hendon Binti Ali
3,0,.cdd Idris Bin Ali

3.0.1ce Endut bin Osman

Meninggal semasa muda.



Bab 4


4.0 TAHIR BIN DERHAM 

PAWANG TAHIR adalah anak ketiga kepada Derham. Beliau mempunyai 2 orang isteri.

Berkahwin dengan
isteri pertama bernama Tisam dikurniakan 4 orang anak bernama Hj. Merasan, Merasun, Sani dan Sidun (Pawang).

Anak-anak Tahir dan Tisam

4.0.1 Hj. Merasan Bin Tahir
4.0.2 Merasun Bin Tahir
4.0.3 Sani Binti Tahir
4.0.4 Sidun Bin Tahir

4.0.1
HJ. MERASAN BIN TAHIR

Berkahwin dengan
Cahaya dikurniakan 5 orang anak bernama Bechik, Daud, Arah, Hj. Ahmad Kadir dan Amin.


Anak-anak Hj. Merasan dan Cahaya

4.0.1a Bechik Binti Merasan
4.0.1b Daud bin Merasan
4.0.1c Arah Binti Merasan
4.0.1d Hj. Ahmad Kadir Bin Merasan
4.0.1e Amin Bin Merasan

4.0.1a
Bechik binti Merasan

Berkahwin dengan
Mohd. Saf dikurniakan seorang anak bernama Hashim.


Anak-anak Bechik dan Mohd Saf

4.0.1aa Hashim Bin Mohd Saf
4.0.1b Daud bin Merasan

Berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak bernama
Sa’odah dan Jahrah.


Anak-anak Daud dan Isteri

4.0.1ba Sa'odah Binti Daud
4.0.1bb Jahrah Binti Daud
4.0.1ba Sa’odah binti Daud

Berkahwin dengan
Hashim Bin Md. Noh dikurniakan 5 orang anak bernama Hjh. Azizah, Kahar, Imam Karim, Hendon dan Ahmad.


Anak-anak Sa'odah dan Hashim

4.0.1baa Hjh. Azizah Binti Hashim
4.0.1bab Kahar Bin Hashim
4.0.1bac Imam Karim Bin Hashim
4.0.1bad Hendon Bin Hashim
4.0.1bae Ahmad Bin Hashim

4.0.1bb Jahrah binti Daud

Berkahwin dengan
Aid dikurniakan beberapa orang anak dan tinggal di Kesang Tasek.


Anak-anak Jaharah dan Aid

Tiada maklumat

4.0.1c
Arah Binti Merasan

Gagal dihubungi (Tiada maklumat)

4.0.1d
Hj. Ahmad Kadir bin Merasan

Berkahwin dengan isteri pertama tiada anak.


Berkahwin dengan isteri kedua dikurniakan 4 orang Anak bernama Khalid (Penghulu Mukim Kundang Telok Rimba), Mohd. Zin, Abdul Rahman dan Shuib.


Anak-anak Hj. Ahmad dan Isteri Ke-2

4.0.1da Khalid Bin H. Ahmad (Penghulu Khalid)
4.0.1db Mohd Zin Bin Hj. Ahmad
4.0.1dc Abdul Rahman Bin Hj. Ahmad
4.0.1de Shuib Bin Hj. Ahmad

4.0.1e
Amin bin Merasan

Gagal dijejaki. Anaknya bernama
Manaf.



4.0.2 MERASUN BIN TAHIR

Berkahwin dengan
Sa’mah dikurniakan 6 orang anak bernama Fatimah, Temah, Budin (Kulub Pa’andir), Endut, Esah dan Nah.



Anak-anak Merasun dan Sa'mah



4.0.2a Fatimah Binti Merasun
4.0.2b Temah Binti Merasun
4.0.2c Budin Bin Merasun
4.0.2d Endut Bin Merasun
4.0.2e Esah Binti Merasun
4.0.2f Nah Binti Merasun

4.2.0a Fatimah binti Merasun

Berkahwin dengan
Siahat bin Aji dikurniakan 6 orang anak bernama Long, Kitan, Chik, Mohd Johan dan Kenut.

Anak-anak Fatimah dan Siahat

4.2.0aa Long Bin Siahat
4.2.0ab Kitan Binti Siahat
4.0.2ac Chik Binti Siahat
4.0.2ad Mohd Johan Bin Siahat
4.0.2ae Kenut Bin Siahat

4.0.2b
Temah binti Merasun

Berkahwin dengan
Hj. Salam bin Talib dikurniakan 8 orang anak bernama Sitam, Ambiah, Saenah, Ahmad, Wam, Wal, Gayah dan Rahim.


Anak-anak Temah dan Hj. Salam

4.0.2ba Sitam Binti Hj. Salam
4.0.2bb Ambiah Binti Hj. Salam
4.0.2bc Saenah Binti Hj. Salam
4.0.2bd Ahmad Bin Hj. Salam
4.0.2be Wam Binti Hj. Salam
4.0.2bf Wal Binti Hj. Salam
4.0.2bg Gayah Binti Hj. Salam
4.0.2bh Rahim Bin Hj. Salam

4.0.3c Budin bin Merasun


Berkahwin dan dikurniakan 7 orang anak bernama Maswah, Yon, Ismail, Jahrah, Abdul Kahar, Yusof dan Ramlah.

Anak-anak Budin dan Isteri

4.0.2ca Maswah Binti Budin
4.0.2cb Yon Bin Budin
4.0.2cc Ismail Bin Budin
4.0.2cd Jahrah Binti Budin
4.0.2ce Abdul Kahar Bin Budin
4.0.2cf Yusof Bin Budin
4.0.2cg Ramlah Binti Budin

iv.
Endut Bin Merasun

Tidak diketahui maklumat anak-anaknya.

4.2.0d
Esah binti Merasun

Berkahwin dengan
Manaf. Tidak diketahui anak-anaknya.

vi.
Nah binti Merasun

Berkahwin dengan
Hj. Talib bin Hj. Osman dikurniakan anak bernama Mokhtar, Sebul, Osman, Ahmad dan Sulaiman.


Anak-anak Nah dan Hj. Talib

4.0.2da Mokhtar Bin Hj. Talib
4.0.2db Sebul Bin Hj. Talib
4.0.2dc Osman Bin Hj. Talib
4.0.2dd Ahmad Bin Hj. Talib
4.0.2de Sulaiman Bin Hj. Talib

4.0.3.
SANI BINTI TAHIR

Berkahwin dengan
Hj. Abu Bakar bin Sudin dikurniakan 2 orang anak bernama Imam Ahmad dan Sa’limah.


Anak-anak Sani dan Hj. Abu Bakar

4.0.3a
Imam Ahmad bin Hj. Abu Bakar

Berkahwin dengan isteri pertama dikurniakan seorang anak bernama
Hashim (Bilal masjid Jamik Sg. Mati)


Anak-anak Imam Ahmad dan Isteri Pertama

4.0.3aa
Bilal Hashim Bin Ahmad

Berkahwin dengan
Cik Zainab binti Hj. Abd. Rahman dikurniakan 5 orang anak bernama Yang Mah, Endan, Azizah, Khalid dan Som.


Anak-anak Bilal Hashim dan Zainab.

4.0.3aaa Yang Mah Binti Hashim
4.0.3aab Endan Binti Hashim
4.0.3aac Azizah Binti Hashim
4.0.3aad Khalid Bin Hashim
4.0.3aae Som Binti Hashim
4.0.3aaf Shuib Bin Hashim
4.0.3aag Muhammad Bin Hashim

4.0.3aaa Yang Mah binti Hashim

Berkahwin dengan Mohd. Noh Bin Abdul Malik dikurniakan beberapa orang anak. Yang bungsu bernama Sapiah Binti Mohd Noh (Mas)


Anak-anak Yang Mah dan Mohd Noh

Antaranya Sapiah Binti Mohd Noh

4.0.3aab Endan binti Hashim

Berkahwin dengan Ja’afar Bin Abdullah


Anak-anak Endan dan Ja'afar

4.0.3aac Azizah binti Hashim

Berkahwin dengan Abdul Aziz bin Latif dari Bukit Kangkar. Mereka dikurniakan 4 orang anak bernama Zaiton @ Maizon, Noriah, Naemah dan Abdul Wahid.


Anak-anak Azizah dan Abdul Aziz

4.0.3aac(1) Zaiton @ Maizon Binti Abdul Aziz

Zaiton @ Maizon berkahwin dengan A. Latif Bin Sulong dari Sg. Mati. Mereka dikurniakan 6 orang anak bernama Hartina, Rozila, Murni, Asnida, Muhammad Nazri dan Fazreena.

Anak-anak Zaiton dan A. Latif

4.0.3aac(1)a Hartina Binti Abdul Latif

Hartina berkahwin dengan Ismail Bin Abdullah dari Bkt Kangkar. Mereka dikurniakan 4 orang anak bernama Nurdiyana, Nurmadia, Muhammad Farhan dan Nurdania.

4.0.3aac(1)b Rozila Binti Abdul Latif

Rozila berkahwin dengan Yusof Bin Ibrahim dari Batu Pahat. Mereka dikurniakan 3 orang anak bernama Muhammad Shazwan, Muhammad Haziq dan Nurul Aqilah.

4.0.3aac(2) Noriah Binti Abdul Aziz

4.0.3aad Khalid bin Hashim

Berkahwin dengan Hendon binti Imam Putih.


Anak-anak Khalid dan Hendon

4.0.3aae Som binti Hashim

Berkahwin dengan Ahmad bin Jais


Anak-anak Som dan Ahmad

4.0.3a Imam Ahmad Bin Abu Bakar

Berkahwin dengan isteri kedua dikurniakan 3 orang anak bernama Endut, Nong dan Teh.


Anak-anak Imam Ahmad dan Isteri Kedua

4.0.3a1 Endut Binti Ahmad
4.0.3a2 Nong Bin Ahmad
4.0.3a3 Teh Binti Ahmad

4.0.3a1 Endut Binti Ahmad

Berkahwin dengan Hj. Ali Bin Hj. Jemudin dikurniakan 5 orang anak bernama Ismail (Pak Uda Mail), Mahzan, Ramlah, Rokiah dan Muhammad.


Anak-anak Endut dan Ali

4.0.3a1a Ismail Bin Ali (Pak Uda Mail)
4.0.3a1b Mahzan Bin Ali
4.0.3a1c Ramlah Binti Ali
4.0.3a1d Rokiah Binti Ali
4.0.3a1e Muhammad Bin Ali


4.0.3a2 Nong Bin Ahmad

Berkahwin dengan Yom binti Abu Samah dikurniakan 2 orang anak bernama Daud dan Abdul Halim.


Anak-anak Nong dan Yom (Mak Long Yom)

4.0.3a2a Daud Bin Nong
4.0.3a2b Abdul Halim Bin Nong

4.0.3a3 Teh binti Ahmad

Berkahwin dengan Tn. Hj. Lep Bin Bedu (Imam Pasukan Askar Timbalan Setia Johor) dikurniakan beberapa orang anak.


Anak-anak Teh dan Hj. Lep

4.0.3a Imam Ahmad bin Abu Bakar

Berkahwin dengan isteri ketiganya Gayah binti Imam Endin dikurniakan 4 orang anak bernama Zainom, Abdullah, Abdul Latif dan Mazlah.


Anak-anak Imam Ahmad dan Gayah (Isteri Ketiga)

4.0.3ai Zainom Binti Ahmad
4.0.3aii Abdullah Bin Ahmad
4.0.3aiii Abdul Latif Bin Ahmad
4.0.3aiv Mazlah Binti Ahmad

4.0.3b Sa’limah Binti Abu Bakar

Berkahwin dengan Abdul Malik Bin Endut dikurniakan 7 orang anak bernama Hj. Yusof, Md. Noh, Md. Zin, Md. Ali, Md. Lep. Siti dan Hjh. Yot.


Anak-anak Salimah dan Abdul Malik

4.0.3ba Hj. Yusof Bin AbdulMalik
4.0.3bb Md Noh Binti Abdul Malik
4.0.3bc Md Zin Bin Abdul Malik
4.0.3bd Md Ali Bin Abdul Malik
4.0.3be Md Lep Bin Abdul Malik
4.0.3bf Siti Binti Abdul Malik
4.0.3bg Yot Binti Abdul Malik

4.0.3ba Hj. Yusof Bin Malik

Berkahwin dengan Hjh. Fatimah binti Kanin dikurniakan 5 orang anak bernama Ja’afar, Ahmad, Endut, Hj. Abu Bakar dan Net.


Anak-anak Hj. Yusof dan Fatimah

4.0.3baa Ja'afar Bin Hj. Yusof
4.0.3bab Ahmad Bin Hj.Yusof
4.0.3bac Endut Bin Hj. Yusof
4.0.3bad Abu Bakar Bin Hj. Yusof
4.0.3bae Net Binti Hj. Yusof

4.0.3baa Ja’afar Bin Hj.Yusof

Berkahwin dengan Zainab Binti Putih dikurniakan 6 orang anak berbama Hamidah, Masitah, Jami’ah, Jazam, Noor Aini dan Fahmi.


Anak-anak Ja'afar dan Zainab

4.0.3baaa Hamidah Binti Ja'afar
4.0.3baab Masitah Binti Ja'afar
4.0.3baac Jami'ah Binti Ja'afar
4.0.3baad Jazam Bin Ja'afar
4.0.3baae Noor Aini Binti Ja'afar
4.0.3baaf Fahmi Binti Ja'afar

4.0.3bab. Ahmad bin Hj. Yusof

Berkahwin dengan isteri pertama Safiah binti Atan dikurniakan 2 orang anak bernama Noordin (Din Buk) dan Noorfah Rahim.

Anak-anak
Ahmad dan Safiah

4.0.3baba Noordin Bin Ahmad (Din Bok)
4.0.3babb Noorfah Rahim Binti Ahmad

Berkahwin dengan isteri kedua Ramlah (dari Perak) dikurniakan beberapa orang anak.

4.0.3bac Endut Bin Hj. Yusof

4.0.3bad Hj. Abu Bakar bin Hj. Yusof

4.0.3bae Net binti Hj. Yusof

Berkahwin dengan Ishak dikurniakan 3 orang Anak bernama Salleh (Arwah - lemas di Sungai Kesang) dan 2 orang anak perempuan.




Bab 5


PAWANG SIDUN BIN PAWANG TAHIR Hikayat Pawang Sidun.

a). Sebagai Pawang Tanaman dan Hidupan Liar

Apabila ayahandanya Pawang Tahir meninggal dunia Pawang Sidun mewarisi segala ilmu pawang ayahandanya. Waktu Telok Rimba baru diibuka pada tahun 1918 mesehi kawasan bercucuk tanam dikelilingi oleh hutan tebal. Binatang liar seoerti babi hutan, pelanduk, tikus dan sebagainya sangat banyak.

Namum bagi mereka yang bersama-sama bercucuk tanam dengan Pawang Sidun tanamam mereka tidak disentuh oleh hidupan liar ini. Ini kerana pada setiap tahun akan diadakan istiadat “Memulang kehutan” iaitu seteleh tanaman seperti padi, jagung dan lain-lain dituai ia akan dipulangkan semula ke hutan dimana hidupan liar ini akan makan saki-baki dan remah-remah tanaman tersebut.

b). Sebagai pawang Buaya

Dalam tahun 1920an buaya-buaya di Sungai Kesang mengganas. Beberapa orang anak buah Pawang Sidun ditangkapnya hingga masing-masing tidak berani hendak turun ke sungai untuk menangkap ikan. Pawang Sidun telah mengumpulkan beberapa orang ketua termasuk Imam dan bilal kampung lalu diajak pergi ke tepi sungai di satu tempat yang agak landai.

Dari tebing sungai Pawang Sidun pun mencapakkan beberapa bungkus daun sirih masuk ke dalam sungai. Tidak berapa lama kemudian naiklah beberapa ekor buaya ke tebing sungai berhadapan dengan Pawang Sidun lalu ia memberitahu kepada orang-orang yang datang bahawa itulah buaya yang mengganas di sungai tersebut. Entah apa yang dibacanya kepada buaya-buaya tersebut maka buaya-buaya tersebut turun semula ke sungai. Semenjak dari hari itu tiada lagi buaya yang mengganas di Sungai Kesang.

c). Pendekar dan Penglima
Sebagai seorang pendekar dan penglima Pawang Sidun telah bertemu dengan Geruh dan beberapa orang mangsanya. Dalam tahun 1920an juga di Muar dan juga daerah-daerah lain di Negeri Johor memang ada satu pasukan askar berkawal dengan nama ‘Timbalan Setia Negeri Johor’. Di Muar terdapat satu Kompeni (lebihkurang 160 orang) dan askar-askar ini memang terkenal dengan begisnya terhadap orang-orang awam. Jika tersalah sedikit sahaja datanglah ia beramai-ramai menghentam mangsanya. Berita kegagahan Pawang Sidun memang menjadi idama mereka.

Pada suatu hari Pawang Sidun telah turun ke Bandar Muar tanpa tahu tujuannya. Apabila ia naik sahaja ke Tangga Batu dari Tanjung agas maka melurulah 4 orang dari askar-askar Timbalan Setia lalu bertanya “Awakkah yang bernama Pawang Sidun”. Pawang Sidun menjawab “Ya”. Lantas masing-masing pun meluru menghentam kiri dan kanan, depan dan belakang. Pawang Sidun dengan sabar mengelak dan membalas serangan-serangan askar-askar tersebut. Oleh kerana pergaduhan itu berlaku di tepi sungai maka ke empat-empat askar tersebut terjerumus ke dalam sungai. Kemudain datang lagi 10 orang askar, akhirnya semua mereka masuk ke dalam sungai. Orang ramai bertempiaran lari. Pawang Sidun dengan tenangnya masuk semula ke perahunya dan balik ke Tanjung Agas.

Berita ini khabarnya telah sampai ke DYMM Sultan Ibrahim tetapi baginda memang tahu bahawa keturunan Pawang Sidun ini memang pendekar maka baginda tidak mengambil sebarang tindakan 




5.0 SIDUN BIN TAHIR

Isteri-isteri Pawang Sidun

Isteri pertama Pawang Sidun bernama Shemah dan mereka dikurniakan 7 orang anak bernama Long, Temah, Pawang Samah (atuk), Zainab, Din, Encu dan Fatimah.

Anak-anak Pawang Sidun dan Shemah


5.0.1 Long Bin Sidun
5.0.2 Temah Binti Sidun
5.0.3 Abu Samah Bin Sidun (Atuk)
5.0.4 Zainab Binti Sidun
5.0.5 Din Bin Sidun
5.0.6 Encu Binti Sidun
5.0.7 Fatimah Binti Sidun

5.0.1 LONG BIN SIDUN

Meninggal semasa muda

5.0.2 TEMAH BINTI SIDUN

26/02/2011 En. Rahman Bin Ahmad memberi maklumat keluarga beliau.

Temah Binti Sidun berkahwin dengan Sarpah bin Khatam dan dikurniakan seorang anak bernama Saniah.

5.0.2a Saniah Binti Sarpah 


Saniah berkahwin dengan Ahmad dan dikurniakan 10 orang anak bernama Ramlah, Rapeah, Jamaluddin, Ismail (Arwah), Rahman, Latipah, Latip, Johan (Arwah), dan seorang lagi.


Anak-anak Saniah dan Ahmad

5.0.2aa Ramlah Binti Ahmad
5.0.2ab Rapeah Binti Ahmad
5.0.2ac Jamaluddin Bin Ahmad
5.0.2ad Ismail Bin Ahmad
5.0.2ae Rahman Bin Ahmad
5.0.2af Latipah Binti Ahmad
5.0.2ag Latip Binti Ahmad
5.0.2ah Talib Bin Ahmad
5.0.2ai Johan Bin Ahmad
5.0.2aj


5.0.3 PAWANG ABU SAMAH BIN SIDUN


Berkahwin dengan isteri pertama bernama Sidut dikurniakan 2 orang anak bernama Yom dan Ara.


Anak-anak Abu Samah dan Sidut

5.0.3A Yom Binti Abu Samah
5.0.3B Ara Binti Abu Samah

Berkahwin dengan isteri yang kedua Sitam Binti Hj. Tahir (Sitam mempunyai anak dari suami terdahulu bernama Jamilah Binti Ahmad) dikurniakan 9 orang anak bernama Asiah (Mak Uda - Arwah), Abdul Ghani (Arwah Pak Andak), Abdul Kadir (Pak Uteh), Raji’i @ Ali (Pak Itam - arwah), Zainab (Mak Anjang / Mak - arwah), Maimunah (Mak Alang), Rafeah (Mak Encik), Muhd Suhada (Arwah Pak Wan), Abd.Rahman (Pak Chik) dan Sarah (Mak Usu).

Anak Sitam dan Suami terdahulu

5.0.3i Jamilah Binti Ahmad

Anak-anak Abu Samah dan Sitam

5.0.3a Asiah Binti Abu Samah
5.0.3b Abdul Gani bin Abu Samah
5.0.3c Abdul Kadir @ Haris Bin Abu Samah
5.0.3d Ali @ Rajie Bin Abu Samah
5.0.3e Zainab Binti Abu Samah
5.0.3f Maimunah Binti Abu Samah
5.0.3g Rafeah Binti Abu Samah
5.0.3h Muhd Suhada Bin Abu Samah
5.0.3i Abdul Rahman Bin Abu Samah
5.0.3j Sarah Binti Abu Samah

5.0.4 ZAINAB BINTI PAWANG SIDUN

Berkahwin dengan Abdul Gani bin Latis dan dikurniakan 6 orang anak bernama Azizah, Som,Mohd.Top, Wahi, Talib Lis dan Khalid.


Anak-anak Zainab dan Abdul Gani

5.0.4a Azizah Binti Abdul Gani
5.0.4b Som Binti Abdul Gani

5.0.4a. Azizah Binti Abdul Gani

Berkahwin dengan Saiman bin Simun dari Kesang Tasek.

5.0.4b Som binti Abdul Gani

Berkahwin dengan Hashim bin Manja kini menetep di Bukit Serampang.




5.0.5 DIN @ KOTEN BIN PAWANG SIDUN

Berkahwin dengan Hjh. Gayah binti Hj Noordin dari Serom.


5.0.6 ENCU BINTI PAWANG SIDUN (NEK ENCHU)

Berkahwin dengan Abdul Rahim (Tukang Gunting) dan dikurniakan anak bernama Pon, Hendondan Zaiton @ Eton.

Anak-anak Encu dan Abdul Rahim


5.0.6a Pon Binti Abdul Rahim

5.0.6b Hendon Binti Abdul Rahim.

5.0.6c Zaiton Binti Abdul Rahim



Zaiton berkahwin dengan Ismail Bin Manja


5.0.7 FATIMAH BINTI PAWANG SIDUN

Berkahwin dengan Ya’akub bin Bilal Sulong dan dikurniakan anak
bernama Hafsah, AminahMasitah, Abdullah, Satar, Razi, Rohaya, Nashidah dan Rahina.


Anak-anak Fatimah dan Ya'akub

5.0.7a Hafsah Binti Ya'akub
5.0.7b Aminah Binti Ya'akub
5.0.7c Masitah Binti Ya'akub
5.0.7d Abdullah Bin Ya'akub
5.0.7e Satar Bin Ya'akub
5.0.7f Razi Bin Ya'akub (Bilal Masjis Tmn Tun Aminah Skudai)
5.0.7g Rohaya Binti Ya'akub
5.0.7h Nashidah Binti Ya'akub
5.0.7i Rahina Binti Ya'akub


5.0 PAWANG SIDUN 

Pawang Sidun dengan Isterinya yang kedua orang Sungai Rambai Melaka dikurnikan 2 orang anak bernama Ibram dan Hjh. Esah.


Anak-anak Pawang Sidun dan Isteri Kedua

5.0.A Ibram Bin Sidun
5.0.B Hjh. Esah Binti Sidun

Pawang Sidun dengan isterinya yang ketiga orang Sungai Rambai dikurniakan seorang anak bernama Halifah (Atok Long Lipah)


Anak-anak Pawang Sidun dan Isteri Ketiga


5.0.i Halifah Binti Sidun

Bab 6

PAWANG SAMAH BIN SIDUN

Anak-anak dan cucu-cicit Pawang Samah


6.0 PAWANG SAMAH BIN SIDUN

Berkahwin dengan isteri pertama bernama Sidut dikurniakan 2 orang anak bernama Yom dan Ara.


Anak-anak Abu Samah dan Sidut

6.0.1 Yom Binti Abu Samah
6.0.2 Ara Binti Abu Samah

Perkahwinan anak-anak Abu Samah

6.0.1 YOM BIN ABU SAMAH

Berkahwin dengan Nong Bin Ahmad dan dikurniakan 2 orang anak bernama Daud dan Abd. Halim.


Anak-anak Yom dan Nong

6.0.1a Daud Bin Nong
6.0.1b Abdul Halim Bin Nong

6.0.1a Daud Bin Nong

Berkahwin dengan Nina Binti Ismail (Cikgu Mail) dikurniakan beberapa orang anak

6.0.1b Abdul Halim Bin Nong 


Berkahwin dan menetap di Perak

6.0.2 ARA BINTI ABU SAMAH (MAK NGAH)

Berkahwin dengan Darwis bin Umar di kurniakan 7 orang anak bernama Zaidah, Za'aba, Abdullah, Zubir, Zamani, Zainah dan adik. Beliau menetap di Bukit Kangkar. Ngah Wis meninggal dalam kemalangan jalanraya semasa balik daripada surau.


Anak-anak Ara dan Darwis

6.0.2a Zaidah Binti Darwis
6.0.2b Za'aba Bin Darwis
6.0.2c Abdullah Bin Darwis
6.0.2d Zubir Bin Darwis
6.0.2e Zamani Bin Darwis
6.0.2f Zainah Binti Darwis
6.0.2g Adik Bin Darwis

Abu Samah bin Sidun berkahwin dengan isteri keduanya Sitam binti Hj.Tahir (Arwah Atok Mok). Semasa berkahwin dengan Pawang Samah, Sitam mempunyai seorang anak bernama Jamilah (Mak Long).

6.0.3 JAMILAH BINTI AHMAD (MAK LONG)

Berkahwin dengan Mohd Sarif dikurniakan 6 orang anak antaranya bernama Norsah (Arah), Rohana, Atan dan Azman. Beliau menetap dan meninggal di Singapura.


Anak-anak Jamilah dan Mohd Sarif

6.0.3a Norsah Binti Mohd Sarif
6.0.3b Rohana binti Mohd Sarif
6.0.3c Atan Bin Mohd Sarif
6.0.0d Azman Bin Mohd Sarif

Abu Samah bin Sidun dengan isteri yang kedua Sitam Binti Hj. Tahir dikurniakan 9 orang anak bernamaAsiah (Mak Cho - Arwah), Abdul Ghani (Arwah andak), Abdul Kadir (Uteh), Raji’i @ Ali (Itam - arwah), Zainab (Anjang / Mak - arwah), Maimunah (Alang), Rafeah (Encik), Muhd Suhada (Arwah Pak Wan), Abd.Rahman (Pak Chik) dan Sarah (Usu).

6.0.4 ASIAH BINTI ABU SAMAH (MAK UDA)

(1933 – 03/08/2006)

Berkahwin dengan Ismail Bin Hj.Ali.Tidak dikurniakan anak. Mengambil anak angkat Sapiah Binti Md.Noh / Ismail (Mas). Menetap di Kesang Tasik. Meninggal pada 03/08/2006 dan dikebumikan di Parit Putat Sg. Rambai Melaka.

Pak Uda Mail berkahwin lain dan mendapat beberapa orang anak dan kini menetap serta meninggal di Sungai Petani Kedah.

6.0.4a Sapiah Binti Md. Noh (Mas) 


Berkahwin dengan Abu Bakar dan dikurniakan beberapa orang anak. Kini menetap di Parit Putat, Sg. Rambai, Melaka.


6.0.5 ABDUL GHANI BIN ABU SAMAH (ANDAK)

Berkahwin dengan Juriah binti Hamzah dan iikurniakan 4 orang anak bernama Zuraidah, Abd.Gafar, Norhayati dan Norazman. Menetap dan meninggal di Felda Chemplak Labis.



Anak-anak Abdul Gani dan Juriah


6.0.5a Zuraidah Binti Abdul Ghani
6.0.5b Abdul Gafar Bin abdul Gani 

6.0.5c Norhayati Binti Abdul Gani
6.0.5d Norazman Bin Abdul Gani


6.0.6 ABDUL KADIR @ HARRIS BIN ABU ABU SAMAH (UTEH) 


Berkahwin dengan isteri pertama Chah binti Ahmad Tachik dikurniakan 4 orang anak bernama Noraini, Md. Tahir, Salmah dan Shamsiah. Uteh Chah meninggal dalam kemalangan jalanraya.

Abdul Kadir berkahwin dengan isteri kedua Pon binti Hj. Taib. (Tiada anak). Menetap di bt 6.5 Sg.Mati.



Anak-anak Abdul Kadir dan Chah.


6.0.6a Noraini Binti Abdul Kadir
6.0.6b Md. Tahir Bin Abdul Kadir
6.0.6c Salamah Binti Abdul Kadir 

6.0.6d Shamsiah Binti Abdul Kadir

6.0.7 RAJI’I @ ALI BIN ABU SAMAH (ITAM) (1937 - 2010)

Berkahwin dengan Hawa binti Hj. Ahmad Satar dikurniakan 4 orang anak bernama Azmi, Azlan, Azman dan Azlin. Menetap di Happy Garden Tangkak.


Anak-anak Ali @ Rajie dan Hawa

6.0.7a Azmi Bin Ali
6.0.7b Azlan Bin Ali
6.0.7c Azman Bin Ali
6.0.7d Azlin Binti Ali


6.0.8 ZAINAB BINTI ABU SAMAH (MAK / ANJANG) (1939 - 2008) 


Berkahwin dengan Umar Bin Limat Bin Dempak dan dikurniakan 7 orang anak bernama Arwah, Kamarudin, Isak, Arwah, Narita, Norizan dan Md.Yusof. Menetap dan meninggal di Felda Chemplak Labis, Johor Darul Ta'zim..


Anak=anak Zainab dan Umar

6.0.8a Arwah
6.0.8b Kamarudin Bin Umar (11.06.1963)
6.0.8c
Isak Bin Umar (1964)
6.0.8d Arwah
6.0.8e Narita Binti Umar (1967)
6.0.8f Norizan Binti Umar (1969)
6.0.8g Md.Yusof Bin Umar (1973) 




6.9.0 MAIMUNAH BINTI ABU SAMAH (MAK ALANG)

Berkahwin dengan Mahzan bin Yahya dan di kurniakan 2 orang anak bernama Natrah dan Norazalina. Menetap di Parit Kroma, Muar.  Meninggal pada hari Jumaat 08 Mac 2013.


Anak-anak Maimunah dan Mahzan

6.0.9a Natrah @ Mazwin Binti Mahzan
6.0.9b Norazalina @ Fatimah Binti Mahzan

6.0.10 RAFEAH BINTI ABU SAMAH (MAK ENCIK) 

Berkahwin dengan Muhammad bin Sipolan dan dikurniakan 2 orang anak bernama Nurul Huda dan Nurul Adilah. Kini menetap di Gombak Selangor.


Anak-anak Rafeah dan Muhammad

6.0.10a Nurul Huda Binti Ahmad
6.o.10b Nurul Adilah Binti Ahmad

Pak Encik meninggal sakit buah pinggang. 

 

6.0.11 MUHAMMAD SUHADA BIN ABU SAMAH (ARWAH PAK WAN)

Berkahwin dengan Buruk binti Khamis. Dikurniakan seorang anak bernama Nurazwani.
Anak-anak Muhammad Suhada dan Buruk

6.0.11 Nurazwani Binti Muhammad Suhada

Buruk ada seorang anak besama bekas suami terdahulu bernama Nurazlin.

Pak Wan meninggal dalam tidur di Kesang Tasik. 



6.0.12 ABDUL RAHMAN BIN ABU SAMAH (P.CHIK)

Berkahwin dengan Fatma Bibi berasal dari Grik Perak dan dikurniakan 4 orang anak bernama Nurul Sharmila, Nurul Kartini, Nuruldin (Jiboy) dan Nurul Hafiz. Menetap di Bandar Baru Uda, J.Bahru.


Anak-anak Abd Rahman dan Fatma Bibi

6.0.12a Nurul Sharmila Binti Abdul Rahman
6.0.12b Nurulaini Binti Abdul Rahman 

6.0.12c Nuruldin Bin Abdul Rahman
6.0.12d Hafizudin Bin Abdul Rahman


6.13 SARAH BINTI ABU SAMAH (USU)

Berkahwin dengan Sarindi Bin Shakim dari Pt. Keroma Darat dan dikurnikan 4 orang anak bernama Norizati, Norazela, Mohd. Fahami dan Mohd Zaliq.


Anak-anak Sarah dan Sarindi

6.0.13a Norizati Binti Sarindi
6.0.13b Norazela Binti Sarindi
6.0.13c Mohd Fahmi Bin Sarindi
6.0.13d Mohd Zaliq Bin Sarindi

Pak Usu setelah pencen sebagai Polis Merin kini menetap di Bukit Kangkar Sg.mati


Bab 7


7.0 PAWANG TAHIR

Berkahwin dengan isteri keduanya So’ma dan dikurniakan 4 orang anak bernama Hjh. Fatimah, Mariamah, Intang dan Kulub Ibrahim.

A. HAJAH FATIMAH BINTI TAHIR

Berkahwin dengan Hj.Long dari Sg.Terap.Tiada anak

B. MARIAMAH BINTI TAHIR 


Berkahwin dengan Bedu dan dikurniakan 7 orang anak bernama Hj.Long, Hjh.Chengah, Hj.Lep, Malik, Besah, Hjh.Pah dan Hjh.Urah.

1. Hj. Long bin Bedu

Berkahwin dengan Mariam (Boyo). Tiada anak.

Berkahwin dengan isteri kedua Enah dan dikurniakan 3 orang anak bernama Zubir, Pah dan Dalilah.

2. Hjh. Chengah binti Bedu

Berkahwin dengan Hj. Ahmad bin Mahat dan dikurniakan 2 orang anak bernama Hj. Omar dan Hjh. Laila @ Dara.

a. Hjh. Laila binti Hj.Ahmad

Berkahwin dengan Hj. Mahzan bin Kulub Ibrahim dan dikurniakan 7 orang anak bernama Dalila, Mansur, Abd. Rahman, Habibah, Hatta, Esa dan Ibrahim.

i. Dalila binti Hj. Mahzan

Berkahwin dengan Wan Abd Ghani.

ii. Habibah binti Hj. Mahzan

Berkahwin dengan Abdullah (Lah) bin Ibram.

iii. Esa bin Hj. Mahzan

Berkahwin dengan Rokiah binti Md.Ghous.

3. Malik bin Bedu

Berkahwin dengan anak Hj.Dalib.

4. Hjh.Pah binti Bedu

Berkahwin dengan Hj. Ramli bin Hj. Endut dikurniakan 4 orang anak bernama Abdul Hamid (penghulu), Mustafa, Md. Noor dan Maizon.

5). Besah binti Bedu (Mak Cik Besah)

Berkahwin dengan Mohd.Top dikurniakn 3 orang anak bernama Osman, Mas dan Halimah.

Mas binti Mohd Top berkahwin dengan Za’aba bin Salleh.

6). Hjh. Urah Binti Bedu (Busu Urah)

Berkahwin dengan Long Bin Tamat (Penghulu)


C. INTANG BINTI PAWANG TAHIR

Berkahwin dengan Mahbib dikurniakn seorang anak bernama Hashim.

i. Hashim bin Mahbib

Berkahwin dan dikurniakan 6 orang anak bernama Ali, Nina, Kitam, Kamariah, Yah dan Md.Arif.

D. KULUB IBRAHIM BIN PAWANG TAHIR 

Berkahwin dengan isteri pertama dikurniakan 4 orang anak bernama Chik, Hj. Mahzan, Mazlan dan Maznah.

i. Chik binti Kulub Ibrtahim

Berkahwin dengan Hj. Abd Hamid dikurniakan 3 orang anak bernama Pon, Za’aba dan Wan.

a). Pon binti Abd Hamid

Berkahwin dengan Imam Karim bin Hashim.

b). Za’aba bin Abd Hamid

Berkahwin dengan Sa.odah binti Hj.Hamzah.

c). Wan binti Abd Hamid

Berkahwin dengan Epang bin Omar.

ii. Hj.Mahzan bin Kulub Ibrahim

Berkahwin dengan Hjh. Laila.

iii. Mazlan bin Kulub Ibrahim

Berkahwin dengan Asiah binti Osman

iv. Maznah binti Kulub Ibrahim

Berkahwin dengan Hamdan bin Majau.


KULUB IBRAHIM

Berkahwin dengan isteri kedua Zainab binti Suman dikurniakan 2 orang anak bernama Abdul Rauf dan Aminah.

a. Abdul Rauf bin Kulub Ibrahim

Berkahwin dengan Hawa dan dikurnikan 3 orang anak bernama Aliza, Reza dab Noorzina.

b. Aminah binti Kulub Ibrahim 


Berkahwin dengan Abd Majid bin Hamzah dikurniakan 3 orang anak bernama Jamilah, Zainon dan Farid.


Bab 8


ANAK-ANAK DERHAM

8.0 NORSIAH BINTI DERHAM

Berkahwin dengan Munai mendapat 6 orang anak iaitu Nopiah, Gilap, Nindong, Gendut (Patah), Samad dan Jahara.

8.0.1 NOPIAH BINTI MUNAI

Berkahwin dan mendapat 3 oarang anak bernama Dewan, Long dan Endut.

Beliau tinggal di Pantai Layang, Sg. Mati.

8.0.2 GILAP BIN MUNAI

Belum dapat dijejaki ahli keluarganya

8.0.3 NINDONG BIN MUNAI

Berkahwin dengan isteri pertama dikurniakan 3 orang anak bernama Awang, Chik dan Temik.

i. Awang bin Nindong

Berkahwin dengan Zainah binti Hj.Md Yasin dikurniakan 6 oarang anak bernama Hafsah, Rokiah, Bakhtiar, Kalsom, Hamidah (Meninggal) dan Hendon.

ii. Chik binti Nindong

Berkahwin dengan Osman Bin Kasim (Span) dikurniakan 3 orang anak bernama Maimunah, Siti dan Yusof.

iii. Temik binti Nindong

Berkahwin dengan Jais dikurnikan 5 orang anak antaranya yang berjaya dijejaki Hj. Osman

i. Hj. Osman Bin Jais

Berkahwin dengan Hjh. Ara dan dikurniakan 3 oarang anak bernama Mariam, Abdul Aziz dan Abdul Jabar.

8.0.3.1 NINDONG BIN MUNAI

Berkahwin dengan isteri kedua Bainah Binti Hj. Md. Zinfi dikurnikan 5 orang anak iaitu Hj. Hasan, Tijah, Muhamad, Safiah dan Osman.

i. Hj. Hasan bin Nindong

Berkahwin dengan Hjh. Habibah binti Hj. Ibrahim.

ii. Tijah binti Nindong

Berkahwin dengan Md. Johan Bin Siahat. Beliau berniaga di Pekan Sg. Mati.

5.0.4 Gendut Bin Munai

Berkahwin dan dikurniakan beberapa orang anak antaranya Embun dan Hawa.

5.0.5 Samad Bin Munai (Tok Mudim)

Berkahwin dan dikurniakan seorang anak bernama Mohd Zin.

5.0.6 Jahara Bin Munai

Berkahwin dengan Hj. Yunus dikurniakan 6 orang anak bernama Yah, Gayah, Endut, Atan, Tek dan Hj. Harun


8.1 RAHMAT BIN DERHAM

Rahmat bin Derham telah meninggalkan Kesang Tasek semenjak muda lagi. Beliau telah pergi ke Sungai Terap dan membuka kebun di sana.

Berkahwin dengan Mendak dan dikurniakan 5 orang anak bernama Pawang Me’on, Pawang Nindong, Uteh, Zainah dan Sa’mlah.

i. Pawang Me’on bin Rahmat

Berkahwin dengan Hjh. Khatijah dan dikurniakan beberapa orang anak bernama Mahmud, Hjh. Maimunah, Hjh. Kimah, Hjh. Md. Tolah, Hj.Yusof dah Hj. Siraj.

i.a Hajah Kimah binti Rahmat

Berkahwin dengan Hj.Muhamad dan dikurnikan 5 orang anak bernama Hamdan, Yang, Aminah, Mahzan dan Shamsudin.


8.2 JA’AFAR BIN DERHAM

Lebih dikenali dengan Tok Kudung kerana tangannya kudung sebelah.

Berkahwin dan mempunyai 5 orang anak bernama Johar, Manan, Simah, Leka dan Dara.

i. Johar bin Ja.afar

Berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Mohid.

Mohid bin Johar berkahwin dengan Roman dan dikurniakan beberapa orang anak antaranya Mohd. Noh dan Dara.

ii. Manan bin Johar

Berkahwin dan mendapat 4 orang anak bernama Kulub Lembeng, Endik, Taib dan Pit.


8.3 NURIA BINTI DERHAM

Nuria Binti Derham berkahwin dengan Wahad dan dikurniakan 3 orang anak bernama Hjh. Siam, Hjh. Siap dan Lebar.

i. Hjh. Siam binti Wahad

Berkahwin dengan Imam Yahya dan dikurnikan 7 oarang anak bernama Jimah, Hjh. Timah, Hj. Abdul Ghani (Imam), Hj. Abdul Hamid, Hj. Md.Diah, Hj. Ja’afar dan Hjh.Esah.

a). Jimah Binti Yahya

Berkahwin dengan Musip mendapat 2 orang anak bernama Abas dan Mariamah.

b). Timah Binti Yahya

Berkahwin dengan suami pertama Na’in mendapat 2 orang anak bernama Maimun dan Mek.

Berkahwin dengan suami kedua Osman mendapat seorang anak bernama Zainab.

b.1 Zainab binti Osman

Berkahwin dengan Mohd. Dom bin Dalib dan mendapat 7 orang anak bernama Zahura, Abdul. Rahman, Abdul Aziz, Md. Sufian, Selamah dan Siti Yuha.

- Zuhara binti Mohd. Dom berkahwin dengan Ahmad bin Md.Top.

c). Abdul Ghani bin Yahya

Imam Kerajaan Negeri Johor dan Imam Besar Masjid Jamik Muar.

Berkahwin dan dikurniakan beberapa orang anak bernama Asiah, Khalid, Khalil, Amin, Ismail, Habibah, Wan, Chah, Asmah, Mai, Yahya dan Hasnah.


d). Abdul Hamid Bin Yahya

Berkahwin dengan Siti Binti Rasip dan dikurniakan 4 orang anak bernama Abdul Latif, Salbiah, Jawahir dan Som.

e). Ja’afar Bin Yahya (Cikgu Ja'afar)

Berkahwin dengan Hjh. Che Ah binti Pawang Salleh (Kesang Tasek) mendapat beberapa orang anak bernama Asiah, Harun / Md. Tap (Cikgu Harun), Zakaria, Mariam, Aris, Ramlah dan Laila.


f). Hjh. Esah binti Yahya

Berkahwin dengan Abd. Manaf bin Md. Ali (Jusuh) dikurniakan beberapa orang anak antaranya Hamidun dan Hamidah.

ii. Hjh. Siap binti Wahad

Berkahwin dengan Hj. Ludin dan dikurniakan beberapa orang anak bernama Hj. Ma’aruf, Hj. Abdullah, Hj. Hassan, Hjh. Selamah, Hj. Hajar, Hj. Ibrahim dan Hj. Samad.

iii. Lebar Binti Wahad

Berkahwin namun tiada anak.


-------------------------------------------------------------------------------------------------



KETURUNAN LAJI BIN LAHIR @ TOK KESANG


Bab 9


PENGHULU SAMSU BIN LAJI

LAJI BIN LAHIR telah berkahwin dengan seorang keluaraga Raja Bugis di Kuala Langat, Selangor. Dengan perkahwinan tersebut beliau medapat 5 orang anak bernama Samsu @ Shamsu, Khamis, Fatimah, Pasang @ Sayang dan Kalimah.

* Sila klik pada imej
9.0 SAMSU BIN LAJI

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Langat, Selangor. Ini adalah kerana menurut adat istiadat diRaja Bugis, tidak mengizinkan anak perempuan sulung mereka melahirkan anak diluar cucur atap rumah ibu bapa sendiri. Yang demikian Samsu telah dididik dan dibesarkan di tengah-tengah keluarga dan masyarakat yang bersemangat dan berjiwa kepahlawanan dan kebangsaan samada disebelah bapanya dan juga ibunya.

Pada masa remajanya beliau telah menunjukan sifat-sifat yang terpuji. Beliau diasuh seperti anak bangsawan dan pahlawan. Beliau diajar ilmu mempertahankan diri seperti belajar berjenis-jenis Silat Jawa seperti Silat Lintau Minang, Silat Gayung, Silat Cekak, Silat Sendeng dan sebagainya ilmu keperlahwanan. Beliau pernah dibawa belayar kemerata-rata tempat di Alam Melayu seperti Riau, Lingga dan Negeri-negeri di Sumatera. Beliau pernah bersama-sama mengambil bahagian dalam pertunjukan pentas yang masyhur bernana MENDU atau Pantomine.

Samsu bin Laji telah dipanggil pulang dengan segara ke Kesang Tasek apabila ayahandanya Penghulu Laji sakit / gering di Kampung Baru Gelugur. Dalam masa beberapa hari sahaja Penghulu Laji pun meninggal dunia dan selamat dikebumikan di kampung tersebut.

Berita kematian Penghulu Laji segera disampaikan kapada baginda Sultan Ali. Walaupun Sultan Ali tak dapat bersama-sama dalam istiadat pengkebumian itu, baginda telah memerintahkan supaya anak Allahyarham Penghulu Laji iaitu Samsu Bin Laji terus ditauliahkan menjadi Penghulu dan diistiharkan pada tersebut juga.

Temenggong Daeng Ibrahim yang menerima penyerahan Negeri Johor dari Sultan Ali pada tahun 1855 (kecuali Kesang) telah Mangkat pada awal Febuari 1862. Anak baginda yang tua bernama Encik Wan Abu Bakar diangkat menggantikannya dengan gelaran Temenggong Tun Abu Bakar Sri Maharaja Johor. Baginda telah memajukan Negeri Johor dengan lebih pesat dan baginda digelar “Bapa Kemajuan Negeri Johor”.

Pemerintahan Sultan Ali di Kesang pula semakin bertambah merosot dan akhirnya pada tahun 1877 baginda telah menyerahkan Daerah Kesang kepada Temenggong Abu Bakar manakala bagi kawasan dalam Negeri Melaka diserahkan kepada pihak Inggeris. Tidak berapa tahun kemudian baginda Sultan Ali pun mangkat dan di Makamkan di kawasan Masjid Umbai Melaka.


PERISTIWA PENYERAHAN DAERAH KESANG

Apabila Temenggong Abu Bakar memgambil alih pemerintahan Kesang dari Sultan Ali, baginda telah awal-awal lagi telah menyedari akan kebolaehan Penghulu Samsu dan manganggap Penghulu Samsu sebagai orang yang paling layak untuk berada dipucuk pimpinan penghulu-penghulu Kesang bagi menyelesaikan segala masalah atau salah faham yang mungkin berlaku.

Sangkaan baginda ini betul-betul berlaku, iaitu sebaik sahaja penyerahan daerah Kesang dilakukan, maka terdapat bantahan yang keras dari pihak Kerajaan Inggeris yang memerintah Negeri-negeri Selat pada masa itu (Singapura, Melaka dan P.Pinang) menyatakan penyerahan daerah Kesang ini tidak sah dan semua penghulu-penghulu Kesang diugut dan dipengaruhi oleh Temenggong Abu Bakar.

Perbalahan ini menjadi begitu tegang, pihak Inggeris bukan sahaja mahukan deraha Kesang malah memang menjadi cita-cita mereka untuk menakluk seluruh Negeri Johor dan meletakan Negeri Johor di bawah kuasa Pemerintahan British sebagaimana negeri-negeri tanah Melayu yang lain.

Lanjutan pekara tidak puas hati pihak British ini bukan lah stakat itu sahaja malah TYT.Gabenor Singapura telah mengarahkan supaya dipanggil semua Penghulu-penghulu Kesang kerumah Gabenor Kerajaan Singapura untuk disoal.

Pihak kerajaan British telah menghantar sebuah kapal perang kecil ke Kuala Kesang (HMS.Pluto) yang membawa nota kepada Sultan Ali bagi pihak yang menyerahkan Kesang dan salinan nota diserahkan kepada Temenggong Abu Bakar yang memerintahkan semua Penghulu-penghulu Kesang mesti hadir berjumpa Gabenor di rumah Kerajan Singapura.

Sehubungan itu serta-merta Sultan Ali memerintahkan semua penghulu-penghulu berkumpul di Istananya di Kuala Kesang dimana Penghulu Samsu Bin Laji telah dipilih menjadi jurucakap dalam perjumpaan itu nanti. Seramai 14 orang penghulu sahaja yang dapat pergi ke Singapura (tidak termasuk 8 orang penghulu yang masuk ke pemerintahan Melaka). Di antaranya adalah Penghulu Jementah Segamat, Penghulu Rahmat Kundang, Penghuli Sinchu Gemih, Penghulu Osman Ring Sawah Ring, Penghulu Subuh Legih dan Temenggong Muar Wan Mohd. Salleh Pengkalan Kota.

Setibanya dianjung Rumah Kerajaan Singapura, keris lambang kebesaran masing-masing telah dilucutkan oleh pengawal yang bertugas di situ. Hal ini sangat-sangat menyentuh perasaan mereka kerana sebagai tetamu tentulah mereka berkehendakan pakaian Melayu yang selengkapnya termasuk keris dan tanjak.

Seketika lamanya kemudian mereka dipersilakan ke Majlis Dailog yang diadakan. Penghulu-penghulu tersebut telah duhujani pelbagai tuduhan yang bukan-bukan oleh TYT. Gabenor Singapura melalui setiausahanya Tuan R.Slink seorang pakar bahasa dan kebudayaan Melayu. Segala tuduhan itu telah ditolak dengan kerasnya oleh Penhulu Samsu dan menafikan sama sekali bahawa pihak Temenggong Abu Bakar campur tangan atau mempengaruhi penghulu-penghulu Daerah Kesang atas penyerahan Daerah Kesang kepada Temenggong Abu Bakar oleh baginda Sultan Ali.

Tuan Gabenor mensifatkan semua penghulu-penghulu tersebut bercakap bohong dan menolak sama sekali hujah-hujah yang diberi oleh Penghulu Samsu. Tuan R.Slink dengan marahnya telah meragut tanjak dikepala Penghulu Samsu dan meminta Penghulu samsu bercakap benar. Pada ketika itu dapatlah dibayangkan betapa marahnya Penghulu Samsu namun beliau dapat bersabar dan berkata “Demi Allah tuan apa yang saya katakan ini semuanya benar. Kita orang-orang Melayu dan beragama Islam tidak boleh bercakap bohong. Itu terpulanglah pada Tuan”. Sampai disitu sahaja maka majlis dailog tersebut ditutup. Kemudaian para Penghulu disediakan jamuan teh dipekarangan rumah Kerajaan.

Di majlis jamuan teh tersebut Tuan R.Slink telah mendapatkan Penghulu Samsu dan meminta maaf atas ketelanjuran beliau.

(Cerita ini diterima dari Tuah Hj.Abdul Shukor bin Ismail seorang ahli sejarah daerah Muar)


TEMENGGONG ABU BAKAR MELAWAT KESANG TASEK

Temenggong Abu Bakar Sri Maharaja Johor telah berangkat melawat Kesang Tasek bersama-sama puteranya Tengku Ibrahim (kemudian begelar Sultan Ibrahim) dalam tahun 1878. Tengku Ibrahim pada ketika itu berumur 5 tahun.

Keberangkatan baginda Temenggong Abu Bakar dari Johor Bahru ialah dengan menaiki kapal Kerajaan dan bandar Muar pada masa itu belum dibuka lagi (Muar dibuka pada 1884). Kapal kenaikan baginda terus mudik Sungai Muar menuju ke Sungai Mati. Sungai Mati pada ketika itu baru dibuka oleh Penghulu Samsu dan merupakan sebuah pengkalan yang munasabah pada anggapan Penghulu Samsu untuk orang-orang keluar masuk hendak ke Bukit Kepong dan lain-lain tempat seperti Pagoh, Pancor dan sebagainya. Sungguhpun pada masa itu Muar belum dibuka lagi tetapi orang Melayu memang ramai diserata tempat di kiri kanan Sungai Muar semenjak Sultan Mahmud membuka Pagoh pada 1511. Bukit Kepong telah dijadikan pusat pemerintahan daerah Muar sebelum bandar Maharani dibuka.

Di Sungai Mati satu sambutan besar-besaran telah diadakan, dari situ baginda Temenggong telah diusung ke Kampung Kesang Tasek menuju rumah Penghulu Samsu kira-kira 1.5 batu jauhnya, manakala putera baginda Tengku Ibrahim diusung dalam bakul pinang yang dibuat khas. Pinang adalah hasil yang utama di Kesang Tasek pada masa itu.

Sebuah balai khas telah dibina berhampiran dengan rumah Penghulu Samsu untuk Baginda Temenggong bersemayam dan santap. Berbagai-bagai pertunjukan silat pencak dan permainan telah diadakan. Dalam istiadat gilang gemilang ini Temenggong Abu Bakar telah mengeluarkan titah memuji-muji akan kecekapan Penghulu Samsu dan terima kasihnya di atas penyelesaian selisih faham dengan kerajaan Inggeris di Singapura. Dikemuncak sambutan itu baginda Temenggong Abu Bakar telah mengurniakan bintang Kebesaran Setia Mahkota Johor (S.M.J) dan mengangkat Penghulu Samsu menjadi Penhulu Besar bagi daerah Kesang sepanjang hayat dan tidak dibenarkan besara. Penghulu Samsu telah meninggal pada tahun 1892.



KHAMIS BIN LAJI

Belum dapat dikesan. Khabarnya ia telah meninggalkan Kesang Tasek dan membuka kampung di Air Baloi daerah Pontian. Khabarnya keturunan beliau menjadi penghulu beberapa keturunan hingga sekarang.



Bab 10


FATIMAH BINTI LAJI 

10.0 FATIMAH BINTI LAJI

Berkahwin dengan Yusof bin Abdul Jalil yang berasal dari SIAK, Sumetra Barat.

Yusof berhijjrah ke Tanah Melayu bersama-sama dengan 3 orang saudaranya iaitu Nafsiah, Umat dan Nyai. Pada mulanya bapa mereka Abdul Jalil tidak membenarkan anak-anaknya merantau ke negeri orang
Namun mereka bersungguh-sungguh untuk merantau ke Semenajung Tanah Melayu kerana mendapat khabar Semenanjung pada ketika itu jauh lebih mewah dari Siak. Maka mereka pun berjaya merantau ke Semananjung.

Dari Siak mereka menuju ke Melaka. Selepas itu beliau mendengar berita bahawa Kesang Tasek sedia menerima sesiapa juga untuk membuka tanah-tanah baru. Peluang ini tidak mereka lepaskan melainkan keempat-empat mereka menuju ke Kesang Tasek dan berjumpa Penghulu Laji. Mereka pun diberi tanah atas upaya mereka mengerjakannya. Yusof dengan tingkah lakunya yang sopan santun telah mendapat perhatian yang baik dari Penghulu Laji dan dalam bebrapa bulan sahaja dia telah dikahwinkan dengan anak perempuan Penghulu Laji bernama Fatimah.

Dengan perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 5 orang anak bernama Anin, Lajak, Mohd.Som, Abdul Samad dan Tamat.



10.1 ANIN BINTI YUSOF

Berkahwin dengan Hj. Ahmad yang baru berhijjrah dari Tanah Jawa dan dikurniakan 4 orang anak iaitu Tajut, Khatam, Sidek dan Pawang Saleh.

1. Tajut bin Hj.Ahmad

Berkahwin dan mendapat 2 orang anak bernama Barlah dan Abdul Ghani.

2. Khatam bin Hj.Ahmad (Pawang Satam)

Berkahwin dengan Juma’ah dan mendapat beberapa orang anak bernama Sulung, Serpah, Bahari, Zam, Sindut, Kechik, Adan (Tok Adan), dan Johari.

Masing-masing mereka ini banyak anak, bercucu cicit. Adalah diharapkan mereka ini dapat mecatatkan keturunan masing-masing untuk ingatan genarasi akan datang.

Khabarnya Johari mempunyai 4 orang isteri dan tinggal sebumbung dan hidup dalam mufakat. Pada tahun 1978 dimasa kisah ini dituliskan anaknya sudah melebihi 30 orang.

3. Sidek bin Hj.Ahmad

Berkahwin dan mendapat 5 orang anak bernama Sulaiman, Kasah, Besah, Mohd.Shah dan Abas.

4. Pawang Salleh bin Hj.Ahmad

Berkahwin dengan Tiamah binti Endut dan dikurniakan beberapa orang anak bernama Atan Za’aba,
Sa’ni, Sa’adah, Som dan Hjh. Cik Ah.

a. Hjh. Cik Ah bin Salleh

Berkahwin dengan Ja’afar Bin Imam Yahya

b. Sa’ni binti Salleh

Berkahwin dengan Yong bin Omar (Andak Yong) dan mendapat 2 orang anak bernama Timah dan Tipah.

i. Timah binti Yong

Berkahwin dengan Hambali bin Pe’ei.

c. Sa’adah binti Salleh

Berkahwin dengan Ahmad (Ahmad Lenyet) dan pindah ke Felda di Kulai.

d. Som bin Salleh

Berkahwin dengan Rahmat

e. Atan Za’aba bin Salleh

Berkahwin dengan Mas Bin Mohd Top dikurniakan beberapa orang anak bernama Hasrin, Hamidah, Hamzah, Hajar, Hanum, Hood, Hana, Hasni dan anak bongsu.

i. Hamidah Binti Atan Za’aba

Berkahwin dengan Hj.Abu Bakar bin Yusof.


10.2 LAJAK BIN YUSOF (Tok Ajak)

Berkahwin dan mendapat 3 orang anak bernama Latim, Harun dan Dol.

i. Latim Bin Lajak

Berkahwin dengan Tok Nya mendapat anak bernama Arah (Usu Arah mak Mak Uteh Chah).

i.a Arah Binti Latim

Berkahwin dengan Ahmad (Tachik) dikurnikan anak bernama Nazar, Zaharah, Chah (Uteh), Mubin dan Weh.

i.b Harun (Tampok) bin Lajak

Berkahwin dan dikurnilkan anak bernama Ramlah dan Zainab.

- Ramlah Binti Harun

Berkahwin dengan Karim (JKR) kini menetep di Jasin.

- Zainab Binti Harun

Berkahwin dengan Zakaria bin Daiman (Kesang Tasek).

i.c Dol Bin Lajak

Berkahwin dan dikurniakan anak bernama Ismail (Imam Sabak Sena), Omar dan Ara.


10.3 MOHD SOM BIN YUSOF

Menjadi ketua kampung Pantai Layang.

Berkahwin dan dikurniakan anak bernama Merah, Osman, Besah, Abu Amin, Jaharah dan Lot.

i.
Merah binti Mohd Som

Berkahwin dengan Mokdin dan dikurniakan 3 orang anak bernama Kulub Lomak, Abdul Aziz dan Zainon (Mak Enon Pt. Keroma).

i.a Kulub Lomak Bin Mokdin

Berkahwin dan dikurniakan beberapa orang anak antaranya bernama Wahil.

- Wahil binti Lomak

Berkahwin dengan Ismail bin Harun (Sg.mati) dikurniakan beberapa orang anak.

i.b Abd Aziz bin Mokdin

Berkahwin dengan Ara binti Hj.Yahya (Bkt Kangkar) dikurniakan beberapa orang anak di antaranya bernama Faridah.

- Faridah binti Abd Aziz

Berkahwin dengan Mansor.

i.c Zainon bin Mokdin (Mak Enon Pt. Keroma) 


Berkahwin dengan Cikgu Mahmud Bin Ibrahim (Pt. Keroma) dan dikurniakan beberapa orang anak.

ii. Osman bin Mohd Som 


Berkahwin dengan Mahwan dikurniakan 2 orang anak bernama Dawam dan Halimah

iii. Abu Amin Bin Mohd Som 


Ketua Kampung Pantai Layang

Berkahwin dengan Cik Yang binti Alang dikurniakan bebrapa orang anak bernama Mohsin, Azman, Taib, Ramlah, Jamilah, Maheran, Robiah, Samsu dan Haliza.

iv. Jahrah binti Mohd Som

Berkahwin dengan Abdul Jamid bin Siban dikurniakan beberapa orang anak bernama Bahari, Abdul Hadi dan Muharram.

v. Lot @ Endut Binti Mohd Som 


Berkahwin dengan Sulong dan dikurniakan anak bernama Maimun dan Mustafa.


10.4 ABDUL SAMAD BIN YUSOF

Berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak bernama Timah, Kiamah dan Ja’amah.


10.5 TAMAT BIN YUSOF

Penghulu Mukim Kundang Telok Rimba mengantikan Penghulu Sagaf bin Samsu.

Berkahwin dengan isteri pertama Sa’ya dan dikurniakan beberapa orang anak bernama Long, Bedah, Endik dan Chik.

a. Long Bin Tamat

Penghulu Mukim Kundang Telok Rimba mengantikan ayahnya.

Berkahwin dengan Urah binti Bedu (Usu Urah) dan dikurnikan 7 orang anak bernama Zai, Faridah, Yusof, Husain, Asiah, Ramlah dan Rokiah.

i.a Zai binti Long

Berkahwin dengan Anuar bin Kechik (Sarjan)

ii.b Faridah binti Long

Berkahwin dengan Ali bin Osman

Long Bin Tamat dengan isteri yang kedua Aminah binti Ayuh dikurnikan 9 orang anak bernama Jalil, Muhamad, Hendon, Timah, Safiah, Abd.Rahman, Ismail, Sharifah dan Abdullah.

bi. Bedah binti Tamat

Berkahwin dengan Mohd Taha.

c. Endik binti Tamat

Berkahwin dengan Ali bin Hj. Osman

d. Chik binti Tamat

Berkahwin dengan Taib dan dikurniakan anak bernama Esah dan Khadijah

i. Esah binti Taib

Berkahwin dengan Khalid bin Daud

iv. Khadijah binti Taib

Berkahwin dengan Hasan Bin Abdullah (Cikgu)

Penghulu Tamat Bin Yusof dengan isteri kedua dikurniakan anak bernama Abdul Hamid.

i. Abdul Hamid bin Tamat

Berkahwin dengan Asiah Binti Sitam Ramin.


11. KALIMAH BINTI LAJI

Berkahwin dan dikurniakan 5 orang anak bernama Nilor, Miram, Md. Deli, Timah dan Kasim.

11.0 Nilor

Berkahwin dengan Lamak dan dikurniakan 4 orang anak bernama Idrus, Idris, Ma’arof dan Endik.

i. Idrus bin Lamak

Ketu Kampung Bukit Kangkar

ii. Endik binti Lamak

Berkahwin dengan Imam Hj.Jemudin (Naib Kadzi Sg.Mati) dikurniakan 3 orang anak bernama Ali, Muhamad dan Osman.

a. Hj. Ali bin Hj. Jemudin

Berkahwin dengan Endut binti Imam Ahmad.

b. Hj. Muhamad bin Hj. Jemudin

Berkahwin di Mekkah dan dikurniakan beberapa orang anak.

c. Hj. Osman Bin Hj. Jemudin

Meninggal dunia di Mekkah.

11.1 Miram

Berkahwin dengan Demat bin Isnin (Rujuk bab yang lalu)

11.2 Md Dali

Berkahwin dan mendapat 2 orang anak bernama Sulung dan Awab.

i. Sulung bin Md. Dali

Sulung telah meninggalkan kampung halaman dan menetap dan meninggal dunia di Kemaman Terengganu.

Berkahwin dengan Timah binti Hj. Abdul Rahman dikurniakan 4 orang anak bernama Hashim, Aminah, Anuar dan Ara.

i.a Hasim bin Sulung

Berkahwin dan tinggal di Batu Pahat

i.b Anuar bin Sulung

Berkahwin dan tinggal di Batu Pahat

i.c Aminah binti Sulung

Berkahwin dan tinggal di Singapura

i.d Ara binti Sulung

Berkahwin dengan Putih Bin Kadim dikurniakan beberapa orang anak bernama Zainon, Nah, Moon, Lot, Fauziah, Fuad dan Hasnah.

ii. Awab bin Md. Dali

Pindah dan menetap di Melaka

11.3 Timah

Berkahwin dan dikurniakan anak bernama Sariah dan Md.Juah.

11.4 Kasim

Berkahwin dan tinggal di Teluk Gong. Mendapat seorang anak perempuan.


Bab 11

PASANG @ SAYANG BIN LAJI

11. SAYANG BIN LAJI

Berkahwin dan dikurniakan 6 orang anak bernama Talib, Olah, Tayam, Lamat, Rantau dan Lantek.


11.0 TALIB BIN SAYANG

Berkahwin dan mendapat 3 orang anak bernama Gundat, Lasim dan Tumah.

1.a Gundat bin Talib 


Berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Abu Amin.

i.a Abu Amin bin Gundat

Berkahwin dengan Sabidah binti Samad mendapat seorang anak bernama Mahmud.

2. Lasim bin Talib

Berkahwin dan mendapat 3 orang anak bernama Dawam, Endik dan Kuteh.

i. Dawam bin Lasim

Berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Sechik.

i.a Sechik binti Dawam

Berkahwin dengan Mokhtar bin Hj.Ibrahim

ii. Endik binti Lasim.
Berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Mahzan.

iii. Kuteh binti Lasim

Berkahwin dengan Mohd. Noor bin Esa.

3. Tumah binti Talib

Gagal di hubungi



11.1 OLAH BIN SAYANG

Berkahwin dengan Mai binti Kampung dikurniakan 7 orang anak bernama Tindik, Siahat, Munah, Miah, Hj.Jusoh, Hjh. Siti dan Hj. Ibrahim.

1. Tindik binti Olah

Berkahwin dengan Hj.Osman dikurniakan seorang anak perempuan Hjh. Long.

1.1 Hjh. Long binti Hj. Osman

Berkahwin dengan Hj.Ibrahim bin Hj. Mahat dikurniakan 4 orang anak bernama Ismail, Demah, Pinah dan Som.

i. Ismail bin Hj. Ibrahim

Gagal dihubungi

ii. Demah binti Hj. Ibrahim

Gagal dihubungi. Tiada maklumat.

iii. Pinah binti Hj. Ibrahim

Berkahwin dengan Hj. Md.Dom bin Hj. Sagaf dikurniakan 2 orang anak bernama Abu Bakar dan Normah.

iv. Som binti Hj. Ibrahim

Berkahwin dengan Hj. Samad bin Jabar dikurniakan beberapa orang anak bernama Jamilah, Habsah, Lazi, Jah, Hafizah, Mahfidz dan Taufik.


2. Siahat @ Hj.Hussin bin Olah

Berkahwin dengan Cik Temah binti Bangsi dikurniakan 7 orang anak bernama Hj. Abd. Hamid, Hj. Abu Bakar, Fatimah, Rahmah, Hasmah, Kasim dan Ma’ah.

2.1 Hj. Abd Hamid bin Siahat

Berkahwin dengan Cik Bin Kulub Ibrahim dikurniakan beberapa orang anak.

Berangkat ke Mekkah dan berkahwin dengan wanita dari Ceribon Indonesia dikurniakan seorang anak bernama Agos Ahmad.

2.2 Hj. Abu Bakar bin Siahat

Ketua kampung Serom 2.

Berkahwin dengan Cik Maznah (Peniaga) dikurniakan beberapa orang anak.

2.3 Fatimah binti Siahat

Berkahwin dengan Hussin (Kedah).

2.4 Rahmah binti Siahat

Berekahwin dengan Hj Long bin Gendut (Ketua Kampung Serom)

2.5 Hasmah binti Siahat 


Berkahwin dengan Hj. Laidin bin Chandong dikurniakan beberapa orang anak bernama Abdul Rahman, Yah, Nong Kasim dan Mi’ah.

i. Abdul Rahman Bin Hj. Laidin

Gurun Besar Sek.Keb Serom 4.

Berkahwin dan dikurniakan beberapa orang anak.

ii. Yah binti Hj. Laidin

iii. Nong Kasim bin Hj. Laidin

Berkahwin dengan Pon binti Taib (Bukit kangkar)

Iv. Mi’ah binti Hj. Laidin

Berkahwin dengan Hj. Ibrahim bin Li’at (Bilal Masjid Jamik Kluang)

3. Munah binti Olah

Berkahwin dengan Hj. Ya’akub Teluk Rimba dikurniakan 2 orang anak bernama Hjh. Nab (Zainab) dan Hjh. Aminah.


3.1 Hjh. Zainab binti Hj Ya’akub

Berkahwin dengan Hj. Md Zin bin Hj. Talib dikurniakan 2 orang anak bernama Be’ah dan Talib.

i. Be’ah binti Hj. Md Zin

Berkahwin dengan Ahmad bin Saat

ii. Talib bin Hj. Md zin 



3.2 Hjh. Aminah binti Ya’akub

Berkahwin dengan Harun Bin Manan dikurniakan 2 orang anak bernama Taib dan Halimah.

i. Taib bin harun

Berkahwin dengan Maimun binti Abdullah

ii. Halimah binti Harun

Berkahwin dengan Ismail bin Hj. Alias .

4. Mi’ah binti Olah


Tiada anak dicatatkan

5. Hj. Jusuh bin Olah

Berkahwin dengan Hjh. Zaharah. Tiada anak.

6. Hjh. Siti binti Olah

Berkahwin dengan Hj. Mat Sin dikurniakan 3 orang anak bernama Mahmud, Sabiah dan Hamah.

6.1 Mahmud bin Mat Sin

6.2 Hjh. Sabiah binti Mat Sin

Berkahwin dengan Ja’afar bin Sahir

6.3 Hasmah binti Mat Sin

Berkahwin dengan Atan bin Ya’akub.

7. Hj. Ibrahim bin Olah

Berkahwin dengan Hjh. Esah binti Abd Hadi dikurniakan 6 orang anak bernama Hj.Ja’afar, Musa, Mokhtar, Maznah, Hamidah dan Rahmah.

7.1 Hj. Ja’afar bin Hj Ibrahim

Guru Besar Sek.Keb. Pt. Bunga Muar.

Berkahwin dengan Hjh. Som bin binti Hj. Abu Bakar dikurnaiakan 12 orang anak bernama Kusai, Saleha, Hudayah, Mustakizah,
Mahfez, Md.Ibrahim, Dzulkifli, Aminahtul-Rashidah, Ahmad Lutfi, Halimatul Sa’adiah, Al-Ghazi dan Abu Bakar.

7.2 Musa bin Hj.Ibrahim

Berkahwin dengan Asiah binti Ibrahim dan dukurniakan 3 orang anak bernama Jamilah, Hasan dan Rosli.

7.3 Mohtar bin Hj. Ibrahim

Berkahwin dengan Sechik binti Dawan. Tiada anak.

7.4 Maznah binti Hj. Ibrahim

Berkahwin dengan Amin bin Md.Esa dikurniakan 2 orang anak bernama Abdul Rahim dan Rohana.

7.5 Hamidah bin Hj. Ibrahim

Berkahwin dan tinggal di Singapura.

7.6 Abdul Rahman bin Hj. Ibrahim 


Berkahwin dan tinggal di Singapura.


12. TAYAM BINTI SAYANG

Berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak bernama Hj. Bedul, Mani dan Tembun.

12.1 Hj. Bedul Binti Tayam

Berkahwin dan dikurniakan 6 orang anak bernama Hj.Long Belongkong, Hj. Muhamad, Timah, Sa’minah, Jakyah dan Kertah.

i. Hj Long Belongkong bin Bedul

Berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Kulub Pi’i.

ii. Hj. Muhamad bin Bedul
Berkahwin dengan Sechik mendapat seorang anak bernama Khalil.

iii. Timah binti Bedul

Berkahwin dengan Ali dan mendapat 2 orang anak bernama Taib dan Semah.

iv. Sa’minah binti Bedul

Berkahwin dengan Hj. Abdul Ghani mendapat 2 orang anak bernama Alias dan Abd. Aziz.

v. Jakyah binti Bedul

Berkahwin dengan Yahya dan dikurniakan beberapa orang anak bernama Hj. Hussin, Abdul Kadir, Rahmah, Yang, Bedah, Arah, Jamaludin, Ainon, Abdul Rahman, Ramlah, Sulaiman dan Amah.

a. Hj. Hussin bin Yahya

Bekas Guru Besar Sek Keb. Sri. Bkt Batu Muar.
Pemilik Raijah Restoren dan Johor Fiber Glass.

Berkahwin dengan Hjh.Raijah binti Hj.Ya’akub dikurniakan beberapa orang anak antaranya Fauziah.

i. Fauziah binti Hussin

Berkahwin dengan Abdul Rahman bin Kasbun.

vi. Kertah binti Bedul

Berkahwin dengan Muhamad bin Midon mendapat seorang anak bernama Maizon.

12.2 Mani Binti Tayam

Berkahwin kali pertama dengan Mohd. Amin.
Dikurniakan beberapa orang anak bernama Nekyah, Bilal Budi, Seith, Mainah, dan Siti.


Berkahwin kali kedua dengan Donan dikurnikan anak bernama Abdul Hamid.

a. Nekyah binti Mohd Amin 


Berkahwin dengan Md. Arshad dan mendapat 3 orang anak bernama Ismail, Mohd. Yusof dan Ahmad.

a.i Ismail bin Md. Arshad

Berkahwin dengan Mainah dan mendapat seorang anak bernama Abdul Aziz.

- Abdul Aziz bin Ismail

Guru Sek. Men. Tangkak

Berkahwin dengan Zaiton bin Salleh.

a.ii Mohd Yusof bin Md. Arshad

a.iii Ahmad bin Md. Arshad

b. Bilal Budi bin Mohd. Amin 


Bilal Masjid Jamik Serom.

Berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Husain.

c. Seith binti Md. Amin

Berkahwin dengan Said Marikan mendapat 2 orang anak bernama Omar dan Pit.

d. Bainah binti Md. Amin

Berkahwin dengan Long dan mendapat 2 orang anak bernama Ahmad dan Esah.

e. Bedah binti Md. Amin

Berkahwin dengan Li’at mendapat 3 orang anak bernama Bujang, Hj.Ibrahim dan Aminah.

f. Abdul Hamid bin Donan

Tinggal di Johor bahru.

12.3 Tembun Binti Tayam

Berkahwin dengan Leman dan mendapat beberapa orang anak bernama Hj. Jidun, Hj. Chik, Perempuan dan
Perempuan.


i. Hj. Jidun bin Leman

Bilal Masjid Abu Bakar Johor Bahru.

Berkahwin dengan Hjh. Sa’odah binti Hj. Limat mendapat beberapa orang anak bernama Md. Khalid, Md. Dom dan Hjh. Ara.

i.a Md. Khalid bin Hj. Jidun

Tiada maklumat

i.b Md. Som bin Hj. Jidun

Tiada Maklumat

i.c Hjh. Ara binti Hj. Jidun 


Berkahwin dengan Hj. Ahmad bin Tani (Cikgu Mat Tani)

ii. Hj Chik

Berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Abu Bakar.

ii.a Abu Bakar bin Hj. Chik

Berkahwin dengan anak Cikgu Mohd. Yasin.

iii. Perempuan anak Tembun

Berkahwin dengan Kulub Cempiang mendapat 2 orang anak bernama Abdul Aziz dan Mahmud.

iv. Perempuan anak Tembun

Berkahwin dengan Muhamad (anak Penghulu Abdullah) mendapat 4 orang anak bernama Imam Abdul Ghani, Abas, Mahbib dan Embon.

13. LAMAT BIN SAYANG

Tiada maklumat.


14. RANTAU BIN SAYANG

Berkahwin dan mendapat beberapa orang anak antaranya Nimah.

14.1 Nimah binti Rantau

Berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Semah.

i. Semah

Berkahwin dengan Samin



15. LANTEK BIN SAYANG

Berkahwin dan mendapat 4 orang anak bernama Gendut, Temah, Kiut dan Sinut.

15.1 Gendut bin Lantek


Berkahwin dengan Endik Gedimah dan mendapat 3 orang anak bernama Hj.Long, Bedah dan Ainin.

i. Hj. Long bin Gendut

Berkahwin dengan Rahmah binti Hj.Husain (Siahat) mendapat beberapa orang anak bernama Aini, Teh, Enah, Satar, Adib, Fauzah dan Khalil.

i.a Aini binti Hj. Long

Berkahwin dengan Hj.Ja’afar bin Hj.Idris (Guru Besar Sawah Ring)

i.b Teh bin Hj. Long

Berkahwin dengan Md. Nor bin Md. Yasin.

15.2 Temah binti Lantek 


Berkahwin dengan Taib (Org Gelugur) mendapat 3 orang anak bernama Jidun. Suteh dan Pon.

i. Jidun bin Taib

Tiada maklumat

ii. Suteh binti Taib

Berkahwin dengan Atan Salu

iii. Pon binti Taib

Berkahwin dengan Kasim bin Hj. Husain.

15.3 Kiut binti Lantek

Berekahwin dan mendapat seorang anak bernama Kasim.

i. Kasim anak Kiut

Berkahwin dan mendapat 3 orang anak bernama Sitam, Hendon dan Pah.


KETURUNAN ABDUL JALIL

Bab 12

NAFSIAH BINTI ABDUL JALIL

Tiada maklumat


Bab 13


UMAT BIN ABDUL JALIL 

13.0 UMAT BIN ABDUL JALIL

Berkahwin dan mendapat 5 orang anak bernama Hjh. Asiah, Kasim, Namat, Cahaya, Jamah dan Nyai.

1. Asiah binti Umat

Berkahwin dengan Kenong bin Hashim mendapat 5 orang anak bernama Hjh.Amas, Minu, Kadim, Long @ Gendong dan Abu @ Mohd.Rioh.

1.a Hjh. Amas binti Kenong

Berkahwin dengan Abu Bakar bin Sudin mendapat 5 orang anak. 3 orang meninggal dunia semasa masih muda. Yang lain bernama Sa’lipah dan Sa’diah.

i. Sa’lipah binti Abu Bakar

Berkahwin dengan suami pertama Mohd. Tolah mendapat seorang anak bernama Long.

Berkahwin dengan suami kedua Bahari mendapat seorang anak bernama Rahmah.

- Rahmah binti Bahari

Berkahwin dengan Saleh mendapat beberapa orang anak antaranya Khalid.

ii. Sa’diah binti Abu Bakar 


Berkahwin dengan Paiman mendapat beberapa orang anak antaranya Mohd Noh, Daud, Shaufi dan lain-lain.

- Mohd Noh menjadi askar Timbalan Setia.

1.b Minu binti Kenong

Berkahwin dengan Senawi mendapat beberapa orang anak antaranya bernama Hjh. Kamriah, Talib, Muhamad dan Safiah.

i. Hjh. Kamriah binti Senawi

Berkahwin dengan Hj. Amin bin Tandang (Tg.Gading) dikurniakan beberapa orang anak antaranya Abd Aziz, Salam @ Ghazali, Mendek, Awi dan Omar @ Ismail.

a. Abd. Aziz bin Amin

Berkawan dengan Arwah Pak Wan semasa aku menuntut di Tingkatan 6. Aku tinggal bersama arwah Pak Wan dan arwah Atok Mok di rumah pusaka Kesang Tasek lebih kurang setahun lamanya apabila Usu Arah pindah ke Johor Bahru.

Beliau tidak berkahwin.

b. Salam @ Ghazali bin Amin

Tiada maklumat

c. Mendek bin Amin

Berkahwin dengan Long bin Liman mendapat beberapa orang anak.

d. Awi binti Amin

Berkahwin dengan Hashim dan dikurniakan beberapa orang anak.

e. Omar @ Ismail bin Amin.

ii. Talib bin Senawi

Berkahwin dengan Suteh binti Jenu mendapat seorang anak bernama Mahani.

iii. Muhamad bin Senawi

Berkahwin dan tinggal di Singapura

iv. Safiah binti Senawi

Berkahwin dengan Jumat (Serom 4). Tiada anak.

1.c Kadim bin Kenong

Berkahwin dengan Banyak binti Olah mendapat seorang anak bernama Putih.

i. Putih bin Kadim 


Tinggal dan berkahwin dengan Ara binti Sulung di Sg.mati. Mendapat beberapa orang anak.

1.d Long @ Gendong bin Kenong.

Bapa penulis asal buku hikayat ini iaitu Cikgu Manaf bin Long.

Berkahwin dengan isteri pertama Leha mendapat seorang anak bernama Malik.

i. Malik bin Long

Berkahwin dengan Saenah binti Hj. Salam mendapat beberapa orang anak bernama Jumah, Joyah, Zainon, Zainal, Halimah, Buruk dan Din.

Long @ Gendong berkahwin dengan isteri kedua Je’ah binti Demat mendapat beberapa orang (Rujuk bab Je’ah Binti Demat)

Long @ Gendong berkahwin dengan isteri ketiga Dara binti Kasim mendapat seorang anak lelaki bernama Atan @ Munap.

i. Atan @ Munap Bin Gendong

Tahun 1972 berkahwin dengan Azizah binti Hj. Idris mendapat 3 orang anak bernama
Azrul Hisham, Hanim dan Nurul Fatimah.

1.e Abu @ Mohd. Rioh bin Kenong

Berkahwin dan mendapat beberapa orang anak bernama Empah, Urah (Endik), Amah, Besah, Azizah dan Abdul Rahman.

i. Empah binti Abu @ Mohd. Rioh

Berkahwin dan mendapat beberapa orang anak.

ii. Urah (Endik) binti Abu @ Mohd. Rioh

Berkahwin dengan Sam bin Mor mendapat beberapa orang anak antaranya Musa (PLUS)

iii. Amah

Tiada Maklumat

iv. Besah

Tiada maklumat

v. Azizah

Tiada maklumat

vi. Abdul Rahman

Tiada maklumat.


2. KASIM BIN UMAT

Berkahwin dengan Rindam dan mendapat 8 orang anak bernama Besik, Duani, Soyah, Lijah, Mohd. Tolah, Manja, Nalang dan Ibrahim.

2.a Besik binti Kasim

Berkahwin dengan Sabdu mendapat beberapa orang anak bernama Muhamad, Timah, Ibrahim (Yem kain) dan Sa’minah.

2.b Duani bin Kasim

Tiada maklumat.

3.c Soyah binti Kasim

Berkahwin dengan Hj.Yahya bin Hj. Mahat (Bkt.Kangkar) mendapat 7 orang anak bernama Temah, Khadijah, Abdul Ghani, Hjh. Hendon, Abdul Rahman dan Hj. Abdul Manaf.

i. Temah binti Yahya

Berkahwin dengan Mohd. Som. Tiada anak.

ii. Khadijah @ Dogol bin Yahya

Berkahwin dengan Latif bin Hj. Abdul Rahman mendapat beberapa orang anak.

iii. Hj. Abdul Ghani bin Yahya

Berkahwin dengan Hjh. Ramlah binti Hj. Ahmad mendapat beberapa orang anak bernama Na’elah, Shukirah, Shukri, Shakir dan lain-lain.

iv. Hjh. Hendon bin Yahya

Berkahwin dengan Hj. Khalid bin Hj. Rahim. Tiada anak.

v. Abdul Rahman bin Yahya

Berkahwin dan tinggal di Felda Bukit Serampang.

vi. Hj. Abdul Manaf bin Yahya

Berkahwin dan antaranya anaknya Mohd. Faiz (Bilal Masjid Jamik Kluang)

vii. Ara bin Yahya

Berkahwin dengan Abd Aziz bin Mukdin. Rujuk bab yang lalu.

2.d Lijah binti Kasim

Tiada maklumat

2.e Mohd Tolah bin Kasim

Tiada maklumat

2.f Manja bin Kasim

Berkahwin dengan Hawa mendapat beberapa orang anak bernama Abu. Bakar, Mahmud, Mahani, Ismail, Ramlah dan Pe.ah.

i. Abu Bakar bin Manja

Berkahwin dengan Zaiton dan mendapat beberapa orang anak.

2.g Nalang bin Kasim

Berkahwin dengan Nah binti Md. Amin (Pt. Keroma)

2.h Ibrahim bin Kasim

Berkahwin dan meninggal di Bukit Kangkar.


3. NAMAT BIN UMAT

Berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Sidang.

3.a Sidang binti Namat

Berkahwin dengan Anjang Kasim mendapat beberapa orang anak bernama Dara, Enah dan Yah.

i. Dara binti Kasim

Rujuk bab yang lalu

ii. Enah Binti Kasim

Tiada maklumat

iii. Yah binti Kasim

Berkahwin dengan Ismail mendapat seorang anak bernama Jamilah.


4. CAHAYA BINTI UMAT

Berkahwin dengan Hj. Merasan bin Pawang Tahir.

Rujuk bab yang lalu.


5. JAMAH BINTI UMAT

Berkahwin dengan Mentol (Orang Melaka) mendapat 3 orang anak bernama Hasan, Samad dan Siahat.

Mereka Tinggal di Temiang.

i. Hasan bin Mentol

Berkahwin dan mendapat 3 orang anak bernama Hj.Abd Rahman, Indah dan Saminah.

ii. Samad bin Mentol

Tiada maklumat

iii. Siahat bin Mentol

Berkahwin dan mendapat 3 orang anak bernama Arah, Dol dan Abd. Rahman.


6. NYAI BIN UMAT

Berkahwin dan mendapat beberapa orang anak bernama Uteh Karim (Bukit Terih), Md. Jusoh dan Muhamad.

Tiada maklumat lanjut.

Duaris Bin Hasim (adik Kenong bin Hashim) 


Berkahwin dan mendapat 3 orang anak bernama Sa’adon, Ladon dan Limat.

i. Sa’adon bin Duaris

Berkahwin dan mendapat 6 orang anak bernama Long, Surah, Ma’elah, Kontak, Sa’odah, Ma’edah dan Hamzah.

ii. Ladon bin Duaris

Berkahwin dengan Miah dan mendapat 3 orang anak bernama Munah, Lamah dan Temah.

iii. Limat bin Duaris

Berkahwin dengan isteri pertama Nyum mendapat 5 orang anak bernama Hj. Abu Bakar, Abdul Kahar, Ahmad @ Jidun dan Harun.

a. Hj. Abu Bakar bin Limat

Berkahwin dengan Hjh. Esah binti Gendong Rujuk bab yang lalu)

b. Abdul Kahar bin Limat

Berkahwin dengan Esah binti Jantan mendapat beberapa orang anak antaranya bernama Nong, Anuar dan Moon.

c. Ahmad @ Jidun bin Limat

Berkahwin dan mendapat 6 orang anak bernama Sabariah, Aminah, Ali @ Md Salleh, Abu Bakar, Adibah, Yah dan Jah.


Bab 14

PENGHULU ABDULLAH BIN SAMSU

Abdullah bin Samsu telah diangkat menjadi pengulu bagi mengantikan ayahanda Samsu bin Laji yang mangkat pada 1892.

Apabila Sultan Abu Bakar mangkat pada 1895 dan digantian oleh Tengku Ibrahim sebagai Sultan Johor sekali lagi Penghulu Abdullah ditauliahkan sebagai Penghulu di Kesang Tasek. Namun pada ketika itu Penghulu Abdullah telah pindah ke Singai Mati. Apabila Serom dibuka beliau berpindah ke Serom.

Penghulu Abdullah memperluaskan lagi kawasan Sungai Mati dengan membuka lebih banyak kawasan-kawasan baru dengan bantuan anak-anak buahnya. Selain dari beliau juga membawa masuk beribu-ribu orang dari Tanah Jawa, Bugis dan Banjar untuk membuka kawasan-kawasan baru.

Beliau membuka kawasan-kawasan baru bermula dari Sungai Mati menghala Parit Pelampung, Sungai Senduk, Pantai Layang hingga ke Rawang. Telah berlaku perebutan satu kawasan yang rendah dan ditengelami air (Paya) di antara Penghulu Abdullah dengan Penghulu Abu Hassan Tanjung Gading. Untuk menentukan sempadan masing-masing mereka bersetuju untuk mengali satu parit besar melalui hutan. Dalam perjanjian tersebut apabila kedua-dua pihak bertemu maka disitulah dijadikan sempadan kawasan masing-masing. Pertemuan itu berlaku betul-betul pada suatu tempat 4.5 batu dari Muar dan disitulah sempadan kawasan mukim mereka.

Jalan kereta lembu mulai dibina dari Sungai Mati ke Rawang. Penghulu Abdullah bercita-cita untuk menjadikan jalan tersebut terus menuju ke Bandar Muar. Muar telah dibuka pada tahun 1884 oleh Dato’ Mohd Salleh Bin Perang (Dato’ Bentara Luar). Kerja-kerja menambak jalan merah tersebut memakan masa bertahun-tahun lamanya. Meeka menggunakan kereta lembu untuk mengangkut batu merah dari Bukit kangkar melalui jalan denai di dalam hutan sejauh 4 batu.

Kebanyakan masyarakat Banjar tinggal dan menetap di Rawang.


MEMBUKA BUKIT KANGKAR

Setelah Sungai Senduk, Pantai Layang dan Rawang dibuka dan anak buah Penghulu Abdullah mempunyai tempat untuk bercucuk tanam beliau menumpukan untuk membuka kawasan baru menghala ke Tangkak. Pembukaan kawasan baru ini dilaksanakan berperingkat-peringkat. Bermula dari Sungai Mati menuju ke Bukit Kangkar kira-kira 2 batu jauhhya kawasan ini diterokai oleh orang Melayu, namun apabila hampir sampai ke Bukit Kangkar datang berpuluh-puluh orang Cina hendak menumpang membuka kawasan hutan tersebut. Penghulu Abdullah sememangnya berkehendakan tenaga kerja yang lebih untuk membuka kawasan baru ini, maka ia tidak keberatan untuk menerima kehadiran orang-orang Cina ini. Akhirnya ramai orang Cina yang datang untuk bercucuk tanam. Mereka membina bagsal dan menanam gambir dan lada hitam. Kawasan baru ini dinamakan Bukit Kangkar mengambil nama Kangkar yang bermaksud tempat Perhimpunan bangsal-bangsal pekerja Cina.

Kerja-kerja meneroka kawasan baru ini diteruskan oleh Penghulu Abdullah hingga ke Batu 13 dan Pengkalan Besar dan bertemu dengan kawasan orang-orang yang meneroka dari Tangkak. Oleh kerana orang-orang Melayu lebih gemar untuk bercucuk tanam dengan tanamam kecil seperti padi, pisang dan ubi keladi maka tanah-tanah bukit yany terdapat kawasan tersebut tidak menarik minat kepada mereka, Lantas banyaklah tanah-tanah di kawasan tersebut yang terbiar begitu sahaja.

Aapbila Sultan Ibrahim menandatangai satu perjanjian dengan pihak British pada tahin 1914 dan menerima penasihat Inggeris yang bergelar General Advisor. Ini membuka peluang kepada saudagar Inggeris membuka ladang-ladang getah di kawasan berbukit yang terbiar dan tidak dimajukan beribu-ribu ekar luasnya dari Bukit Kangkar hingga ke Tangkak.



MEMBUKA SEROM

Untuk membuka Serom, Penghulu Abdullah sekali lagi membawa masuk beribu-rubu orang Jawa, Bugis dan Banjar. Beliau bercadang membuka kawasan baru hingga ke Sungai Ring bersempadan dengan Gersik.

Kerja-kerja menebang dan membersihkan hutan bermula dari Sungai Mati. Pada suatu pagi apabila sampai di satu kawasan bersempadan dengan sungai sewaktu hendak memulakan kerja-kerja menebang pokok besar di sebelah kanan mudik sungai tersebut, semua anak buah Penghulu Abdullah terhidu bau yang sangat harum yang tidak terdapat di kawasan lain. Penghulu Abdullah berkata tempat tersebut sangat baik dan menamakan tempat tersebut sebagai SEROM.

Anggaran kira-kira setengah batu jauhhnya dari Sungai Serom mereka bergotong royong mengali sebatang parit besar dan beliau menamakan tempat tersebut sebagai Serom 2. Begitulah seterusnya hingga keserom 8 terdapat sebatang parit besar yang menghala ke Sungai Muar di setiap kawasan.

Orang Bugis tertumpu di Serom 3 / Serom Panggong dimana terdapat kemudahan Jeti atau Panggong untuk kemudahan kapal-kapal memunggah barangan, keluar masuk serta berulang alik menggunakan Sungai Muar dari Jorak hinggalah ke Bukit Kepong.

Orang-orang Banjar tertumpu di kawasan Serom 7 manakala orang-orang Jawa berselerak. Dalam soal pendidikan orang Banjar mendahului kaum lain dimana mereka menitik beratkan pendidikan untuk anak-anak mereka walaupun pada waktu itu sukar untuk anak mereka bersekolah.

Penghulu Abdullah meneruskan membuka kawasan baru bermula dari Serom 8 ke Parit Pulai hinggalah ke Parit Bunga Raya dan ahkirnya bertemu dengan anak buah Penghulu Mukim Gersik yang telah membuka Simpang Lima dan Parit Bunga Raya.

Penghulu Abdullah telah dikurniakan pingan P.I.S oleh DYMM Sultan Ibrahim kerana khidmat dan jasa beliau. Penghulu Abdullah meninggal pada usia 90 tahun dan dikebumikan di sebelah pusara ayahandanya Penghulu Samsu di tanah perkuburan Sungai Mati.


ADIK BERADIK PENGHULU ABDULLAH

Penghulu Samsu Bin Laji telah dilahirkan dan dibesarkan serta berkahwin di Selangor.

Berkahwin dengan isteri pertama beliau mendapat anak Penghulu Abdullah.

Berkahwin dengan isteri kedua mendapat anak bernama Salam, Lamah dan Endik Siti.

Sebelum menjadi penghulu Samsu sering berulang alik dari Kesang Tasek ke Selangor. Namun apabila beliau menjadi penghulu beliau jarang balik ke Selangor. Di Kesang Tasik beliau berkahwin dengan isteri ketiga dan mendapat seorang anak bernama Sagaf.

Apabila penghulu Samsu uzur kerja-kerja beliau diambilalih oleh anaknya Sagaf. Tidak sampai setahun ia diketahui oleh Abdullah. Maka Penghulu Abdullah bersama-sama 3 orang saudaranya telah pindah ke Kesang Tasek. Sebagai anak yang sulung adalah wajar Abdullah bin Samsu menjadi penghulu mengantikan ayahnya.

Oleh kerana kawasan Kesang Tasik luas maka kerajaan Johor telah memecahkan kawasan Kesang Tasek kepada 2 buah Mukim iaitu Mukim Kesang Tasek (Sekarang Mukim Kundang Telok Rimba) dan Mukim Serom. Sagaf Bin Samsu menjadi penghulu Mukim Kundang Telok Rimba manakala Abdulah Bin Samsu menjadi Penghulu Mukim Serom.


14.A. Salam Bin Samsu

Berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Abdul Hamid (Hamid Tekong).

i. Abdul Hamid Bin Salam

Berkahwin dengan Pe’ah mendapat 3 oaranng anak bernama Ibrahim, Fatimah dan Safiah.

i. Ibrahim bin Abdul Hamid

Berkahwin dengan Long Binti Kulub Samad mendapat 3 orang anak bernama Ismail, Ishak dan Norlela.

ii. Fatimah binti Abdul Hamid

Berkahwin dengan Awang bin Hj. Salleh.

iii. Safiah binti Abdul Hamid

Berkahwin dengan Sitam bin Taib.

14.b. Endik Siti binti Samsu

Berkahwin dengan Hj. Abdul Rahman (Selat) bin Ludin mendapat anak bernama Timah, Abd. Latif, Esah, Lijah, Hj. Ibrahim, Zainab, Yusof,
Hj. Osman, Sa’odah dan Jahrah.

i. Timah binti Hj. Abdul Rahman

Berkahwin dengan Sulong bin Dali. (Rujuk bab yang lalu)

ii. Abd. Latif bin Hj. Abdul Rahman

Berkahwin dengan Khadijah binti H. Yahya mendapat anak bernama Abd. Aziz, Pon, Abd. Wahab, Idris, Abu dan Talib.

iii. Esah binti Hj. Abdul Rahman

Berkahwin dengan Noordin bin Olah mendapat anak bernama Hj. Md. Ali (Segamat).

iv. Lijah binti Hj. Abdul Rahman
Berkahwin dengan Hj. Ahmad bin Kadir. Tiada anak.

v. Ibrahim bin Hj. Abdul Rahman

Berkahwin dengan Chik Binti Hj. Hasan mendapat anak bernama Maimunah, Tahir, Mokhtar, Zaiton dan Teh.

vi. Zainab binti Hj. Abdul Rahman

Berkahwin dengan Bilal Hashim mendapat anak beberapa orang anak. (Rujuk bab yang lalu)

viii. Yusof bin Hj. Abdul Rahman

Berkahwin dengan Arah binti Kedil mendapat anak bernama Talib, Yon, Hendon, Besah dan Abdul Razak.

xi. Osman bin Hj. Abdul Rahman

Berkahwin dengan dengan Hjh Ning binti Hj. Taib Sagaf mendapat anak bernama Laham, Zainal Abidin, Abd. Wahid, Noor Aini, Nona, Norizan, Kamarul Azman dan Norbiha.

xii. Sa’odah binti Hj. Abdul Rahman 


Berkahwin dengan Baki bin Enda.

xiii. Jahrah binti Hj. Abdul Rahman
Berkahwin dengan Yusof bin Ma’on mendapat beberapa orang anak.

14.c Sagaf bin Samsu

Penghulu Kesang Tasek.

Berkahwin dan mendapat anak bernama Abdullah, Perempuan, Harun dan Muhamad (Not).

i. Abdullah bin Sagaf

Berkahwin dan mendapat anak bernama Yusof dan Yaakub.

ii. Perempuan binti Sagaf

Berkahwin dengan Ahmad bin Agin mendapat anak bernama Azizah.

ii.a Azizah binti Ahmad

Berkahwin dengan Atan bin Kasim.

iii. Harun bin Sagaf

Berkahwin dan mendapat anak bernama Md.Zin dan Perempuan.

iii.a Perempuan binti Harun

Berkahwin dengan Jantan bin Long (Ketua Kampung Bukit Kangkar).

iv. Muhamad bin Sagaf (Not)

Berkahwin dengan Mah binti Hasan. (Rujuk bab uang lalu).



ANAK-ANAK PENGHULU ABDULLAH

PENGHULU ABDULLAH berkahwin dengan 3 orang isteri.

Berkahwin dengan isteri pertama mendapat 5 orang anak bernama Alang, Leha, Endut, Mahmud dan Endik.

1. Alang bin Abdullah (Naib Alang)

Berkahwin dan mendapat anak bernama Cik, Lijah, Hashim, Yang, Awang dan Aman.

i.a Cik bin Alang

Ketua kampung Serom

Berkahwin dan mendapat anak bernama Mariam, Mohd Noor dan Md. Noh.

ii. Lijah binti Alang

Berkahwin dengan Hitam bin Suman dan mendapat anak bernama Enon @ Md. Ali, Zaiton, Hjh. Dara, Osman, Abu Bakar, Noordin, Md. Noor, Ramlah dan Busu.

ii.a Enon @ Md. Ali bin Hitam

Berkahwin dengan isteri pertama Zalleha binti Arifin.

Berkahwin dengan isteri kedua Sarah binti Samin.

ii.b Zaiton bin Hitam

Berkahwin dengan Hasim bin Ibrahim.

ii.c Dara binti Hitam

ii.d Ramlah binti Hitam

Berkahwin dengan Abdul Rahim bin Md. Ali (Majlis Perbandaran Muar).

iii. Hashim bin Alang

Berkahwin dan mendapat 3 orang anak perempuan bernama Zaharah, Wook dan Som.

iii.a Zaharah binti Hashim

Berkahwin dengan Ismail bin Abdul Hadi.

iii.b Wook binti Hasim

Tiada maklumat.

iii.c Som bin Hashim

Berkahwin dengan Abdul Razak.

iv. Yang binti Alang

Rujuk Bab Abu Amin Bin Mohd Som

v. Awang @ Ibrahim bin Alang

Ketua Kampung Serom 1


Vi. Aman bin Alang

Tiada maklumat.

2. Leha binti Abdullah.

Berkahwin dengan Abdul Hadi dan mendapat anak brnama Asmah, Ahmad (Mat Sumpit), Hjh Esah, Hawa, Alwi, Harun, Ibrahim dan Hashim.

3. Endut bin Abdullah

Penghulu Mukim Serom mengantikan ayahnya yang sudah uzur.

Berkahwin dan mendapat anak bernama ohd. M. S
aid, Hj. Ramli, Abu Bakar, Yunus, Gayah, Jemah, Adal dan Hendon.

4. Mahmud bin Abdullah

Tiada maklumat

5. Endik binti Abdullah

Berkahwin dengan Kechik bin Tan (Pt. Bakar Muar) mendapat anak bernama Abdul Aziz, Dara, Abdul Kadir, Hj. Osman, Rahman, Som, Anuar dan Mohd Noor.

i. Abdul Aziz bin Kechik

Berkahwin dengan Gondan binti Abdul Aziz mendapat anak bernama Nina, Alias dan Yahya.

ii. Dara binti Kechik

Berkahwin dengan Harun bin Abdul Hadi dan mendapat anak bernama Omar, Redzuan @ Ismail, Halil @ Hasan, Hamidah, Jamilah, Muhamad dan Ka’za.

ii.a Omar bin Harun

Tiada maklumat

ii.b Redzuan @ Ismail bin Harun

Berkahwin dengan Wahil binti Lomak. Rujuk bab yang lalu.

ii.c Halil @ Hasan bin Harun

ii.d Hamidah binti Harun

Berkahwin dengan Mahfoz dan mendapat bebrapa orang anak.

ii.e Jamilah binti Harun

ii.f Muhamad bin Harun

ii.g Ka’za bin Harun

iii. Abdul Kadir bin Kechik

Berkahwin dan mendapat beberapa orang anak antaranya bernama Esah dan Muhamad.

iii.a Esah binti Abdul Kadir

Berkahwin dangan Fadzil (Guru Sek.Keb Tangkak)

iii.b Muhamad bin Abdul Kadir

Polis K.L

iv. Osman bin Kechik

Mendapat pingat P.I.S oleh DYMM Sultan Johor.
Berkahwin dengan Hjh Zainon dan mendapat beberapa orang anak bernama Azizah, Abdul Ghani (Sekarang MB Johor), Azmah, Azman, Azlah Uduwiyah dan Azlan Arba’iah.


Anak-anak Hj. Osman dengan Hjh Zainon

iv.a Azizah Binti Osman
iv.b Abdul Ghani Bin Osman (MB Johor)
iv.c Azmah Binti Osman
iv.d Azman Bin Osman
iv.e Azlah Uduwiyah Binti Osman
iv.f Azlan Arabia'ah Bin Osman
iv.c 

6. Rahmah bin Abdullah

Berkahwin dengan Abu Aman bin Arus. Tiada anak

7. Som binti Abdullah

Berkahwin dengan Mahbib dan mendapat seorang anak kemudian bercerai.

Berkahwin dengan suami kedua Mohd. Rasip bin Limat.

8. Anuar Bin Abdullah

Berkahwin dengan Zai (Anak penghulu Long bin Tamat)

9. Mohd Noor Bin Abdullah

Berkahwin dengan Hjh. Mon binti Abdul Samad dan mendapat beberapa orang anak.

PENGHULU ABDULLAH berkahwin dengan isteri kedua Aminah mendapat beberapa orang anak bernama Hj. Buruk, Mahat, Hj. Muhamad dan Taib.


Anak-anak Penghulu Abdullah dengan Aminah

1. Hj. Buruk bin Abdullah

Naib Penghulu Serom.

Berkahwin dengan Hjh. Yon dan mendapat anak bernama Ismail, Kadijah, Muhamad dan Salmah.


Anak-anak Hj. Buruk dengan Hajjah Yon

1.a Ismail Bin Hj. Buruk
1.b Khadijah Binti Hj. Buruk
1.c Muhammad Bin Hj. Buruk
1.d Salmah Binti Hj. Buruk

2. Mahat bin Abadullah

Tiada maklumat

3. Muhamad bin Abdullah

Tiada maklumat

4. Taib bin Abdullah

Berkahwin dengan Mon bin Ismail dan mendapat beberapa orang anak bernama Halimah, Abdul Rahim, Natrah dan Room.

Taib meninggal dunia dalam serangan hendap kominis di Bukit Gambir.
Baru sebentar pukul 10.00 mlm 26 hb Mac 2000 En. Abd Rahim Bin Taib dari Alor Gajah menghubungi Aku becerita serba sedikit tenteng asal usulnya.


Anak-anak Taib

4.a Halimah Binti Taib
4.b Karim Bin Taib
4.c Abdul Rahim Bin Taib
4.d Natrah Binti Taib
4.f Ramlah @ Rom B Taib

Perkahwinan anak-anak Taib

4.a Halimah Binti Taib

Halimah berkahwin dengan Yusof Bin Yaakub dan dikurniakan 4 orang anak bernama Faizal, Julia, Nurain dan Nurasyikin.

Halimah dan keluarga menetap di Muar, Johor.

Anak-anak Halimah dan Yusof

4.aa Faizal Bin Yusof
4.ab Julia Binti Yusof
4.ac Nurain Binti Yusof
4.ad Nurasyikin Binti Yusof


4.b Karim Bin Taib

Karim berkahwin dengan Hazizah Binti Ahmad dan dikurniakan 10 orang anak bernama Rohaya (Allahyarham), Rohazlin, Ahmad Rohaizad, Rohaizan, Sharif Hidayat, Rohaida, Juliza, Mohd. Hanafiah, Mohd. Firdaus dan Nur Hidayah.

Karim dan keluarga menetap di Johor Bahru.

Anak-anak Karim dan Hazizah

4.ba Rohaya Binti Karim
4.bb Rohazlin Binti Karim
4.bc Ahmad Rohaizad Bin Karim
4.bd Rohaizan Binti Karim
4.be Sharif Hidayat Bin Karim
4,bf Rohaida Binti Karim
4.bg Juliza Binti Karim
4.bh Mohd. Hanafiah Bin Karim
4.bi Mohd. Firdaus Bin Karim
4.bj Nur Hidayah Binti Karim

4.c Abdul Rahim Bin Taib

Abdul Rahim berkahwin dengan Raimah binti Latib dan dikurniakan 4 orang anak bernama Rosmalinda, Riza Izuan, Riza Azri dan Rozanna.

Abdul Rahim dan keluarga menetap di Kelemak, Alor Gajah, Melaka.

Anak-anak Abdul Rahim dan Raimah.

4.ca Rosmalinda Binti Abdul Rahim
4.cb Riza Izuan bin Abdul Rahim
4.cc Riza Azri Bin Abdul Rahim
4.cd Rozanna Binti Abdul Rahim
4.d Natrah Binti Taib

Natrah Berkahwin dengan Hamidon Bin Jais dan dikurniakan 6 orang anak bernama Zurhana, Hafzan, Natasha, Harnani, Mohd Naha dan Nabiha.

Anak-anak Natrah dan Hamidon

4.da Zurhana Bibti Hamidon
4.db Hafzan Bin Hamidon
4.dc Natasha Binti Hamidon
4.dd Harnani Binti Hamidon
4.de Mohd. Naha Bin Hamidon
4.df Nabiha Binti Hamidon
4.dg Ramlah@Rom Binti Taib

Ramlah berkahwin dengan Zainal Bin Abd. Rahman dan dikurniakan 3 orang anak bernama Farhana, Atiqah dan Rasahdan.

Ramlah dan keluarga menetap di Melaka

Anak-anak Ramlah dan Zainal

4.da Farhana Binti Zainal
4.db Atiqah Binti Zainal
4.dc Rasahdan Bin Zainal

PENGHULU ABDULLAH berkahwin dengan isteri ketiga Wook mendapat anak bernama Fatimah, Ja’afar dan Som.

Anak-anak Penghulu Abdullah dengan Wook

i.   Fatimah Binti Abdullah
ii. Ja'afar Bin Abdullah
iii. Som Bin Abdullah


- TAMAT -



PENUTUP

Setelah sekian lama aku menangguhkan iaitu semenjak tahun 2003 untuk menulis dan mengolah semula buku Keturunan Ku ini akhirnya pada hari ini Selasa 29 Ogos 2006 bersamaan 5 Saaban 1427 Hijjrah jam 6.00 petang di L07 Terminal Bas Kulai 81000 aku berjaya menyudahkannaya dan Aku namakan Jejak KeturunanKu. Aku mengucap Syukur kepada Allah.

Namun terlalu banyak maklumat yang perlu ditokok tambah untuk menjadikan buku yang aku namakan Jejak KeturuanKu ini benar-benar menyalurkan maklumat kepada genarasi yang akan datang akan asal usul mereka.

Sehubungan itu aku amat memerlukan kerjasama daripada Genarasi yang terdahulu dan terkemudian dari aku untuk membantu mendapat dan mengumpulkan maklumat kaum keluarga masing-masing.

Semoga buku ini berguna untuk selamanya.

HIDUP KESANG TASEK

Sekian

Yang benar

(KAMARUDIN BIN UMAR)

AKU



Piut Pawang Tahir,
Cicit Pawang Sidun,
Cucu Pawang Abu Samah,
Anak Zainab binti Abu Samah.




- WASALAM -